Sama ada selebriti tempatan atau luar negara, mereka memilih untuk menjalankan bisnes sebagai punca pendapatan kedua.
Selain restoran, tudung dan minyak wangi, kebanyakan selebriti di Malaysia turut membuka perniagaan seperti produk kosmetik dan kecantikan.
Pelbagai produk kosmetik yang dikeluarkan mereka seperti krim muka, bedak asas, pembayang mata, lipstik dan sebagainya.
Tahukah anda, ramai selebriti wanita popular negara kita mengeluarkan lipstik berjenama sendiri yang setanding dengan jenama-jenama antarabangsa. Penasaran? Let’s find out!
1. SimplySiti by Dato’ Siti Nurhaliza
- Laman Web: www.simplysiti.com.my
- Instagram: www.instagram.com/officialsimplysiti
Bukan sahaja aktif dalam bidang seni, Dato’ Siti Nurhaliza juga menjalankan bisnes berasaskan kosmestik dan kecantikan yang dikenali sebagai SimplySiti. Salah satu produk SimplySiti yang laris adalah lipstik dimana sebanyak lebih 20 jenis lipstik dihasilkan dibawah jenama ini Antaranya, Argan Wonder Lipstick, Simply Elegant Lipstick, Simply Elegant Lip Gloss dan banyak lagi. Harga yang dikenakan mampu milik dari RM29.90 hingga RM44.90. Produk-produk ini boleh didapati di cawangan Watsons, Guardian dan Jusco seluruh Malaysia.
2. GincuGincu by Rita Rudaini
- Instagram: www.instagram.com/gincu
Aktres cantik jelita, Rita Rudaini mengorak setapak lagi dalam bidang perniagaan. Bermula dari bisnes minyak wangi dan restoran Rumah Kueh, ibu kepada dua cahaya mata ini kini mengeluarkan lipstik berjenama sendiri bernama GincuGincu. Lipstik jenis matte cream berharga RM45.00 ini hadir dalam empat variasi iaitu SuperMom, Brave, Dangerous dan Dominate. Paling menarik, produk ini tahan lama serta sesuai digayakan dengan apa jua teknik solekan dan tatarias.
3. Shade Dough by Hanis Zalikha
- Instagram: www.instagram.com/shadedough
Demi memajukan perniagaan dan menguruskan hal ehwal rumah tangga, pengacara dan pelakon popular, Hanis Zalikha memperlahankan karier seninya. Selain menjual tudung Cakenis, isteri kepada Hairul Azreen ini telah melancarkan jenama lipstiknya iaitu Shade Dough pada 1 November 2016 lalu. Lip Bait Shade Dough ini didatangkan dengan lima warna asas iaitu Rosse Taffy, Pepper Pose, Berry Blanced, Sugar Icing dan Creme Caramel dengan harga RM55.00 setiap satu. Menariknya, lip bait jenama ini hadir dalam saiz poket, sangat sesuai dengan semua jenis warna kulit masyarakat di Malaysia serta tidak mudah comot dan merekah.
4. Madame Izara by Izara Aishah
- Laman web: www.madameizara.com
Tidak mahu ketinggalan dalam bisnes, Izara Aishah turut mengeluarkan produk pertamanya berorientasikan matte lipstick dibawah jenama Madame Izara. Dengan tiga warna pilihan iaitu Noah, Harith dan Luth, produk ini dikeluarkan selepas menjalani proses kajian dan penyelidikan (R&D) selama lebih dua tahun. Bukan hanya tekstur yang berbeza dan eksklusif berbanding gincu biasa bahkan adunan aslinya dihasilkan sendiri oleh bintang filem Pilot Cafe dan J Rovolusi ini. Terkini, matte lipstik Madame Izara hadir dengan Lip Kits (Kit Bibir) bersama-sama pensil bibir yang sepadan dan pengasah berharga RM88.00 setiap satu.
5. Madu Cosmetics by Hunny Madu
- Laman Web: www.maducosmetics.com
- Instagram: www.instagram.com/maducosmetics
Last but not least, Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim turut mengembangkan portfolio kerjaya dengan menjalankan bisnes kosmestik bernama Madu Cosmetics sejak Disember 2016. Sebagai permulaan, penyanyi dan pengacara ini mengeluarkan produk gincu bibir yang mempunyai sembilan variasi warna serta dinamakan berdasarkan tajuk lagu kesukaan figura berkenaan seperti Kiss Is Better, Valerie, Go Hard dan 99 Problems. Dijual RM55.00, gincu-gincu ini boleh dibeli diatas talian menerusi laman web atau melalui instagram rasmi.
Tags: #Gincu Jenama Artis Malaysia #Lipstik Jenama Artis Wanita Malaysia #Lipstik Jenama Selebriti Wanita Popular Malaysia #produk kecantikan selebriti