5 Jenama Air Mineral Ini Paling Mahal Di Dunia!

Air Mineral Termahal Di Dunia

Dalam mengamalkan gaya hidup sihat, amalan meminum air putih sangat penting kepada tubuh badan kita selain aktiviti senaman serta memakan makanan sihat dan seimbang.

Kita digalakkan meminum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter sehari.

Selain air putih, ramai di antara kita gemar meminum air mineral sebagai penghilang dahaga. Paling menarik, air mineral ini boleh didapati dimana-mana kedai atau pasaraya jika ingin menikmatinya.

Tahukah anda, terdapat beberapa syarikat air mineral di muka bumi ini mengeluarkan produknya dengan harga yang mahal sehingga mencecah jutaan ringgit.

Berikut, penulis senaraikan 5 jenama air mineral paling mahal di dunia. Take a look!

1. Veen

air-mineral-veen 5 Jenama Air Mineral Ini Paling Mahal Di Dunia!

Air mineral berjenama Veen ini mempunyai rasa yang sangat segar. Air ini dikatakan diambil daripada secara langsund dari Konisaajo di Lapland, Finland yang dikenali sebagai salah satu tempat mata air yang paling tulen di dunia. Di pasaran, air Veen ini berharga $ 23 USD.

2. Acqua di Cristallo Tributo a Modigliani

Acqua-di-Cristallo-Tributo-a-Modigliani-mineral-water 5 Jenama Air Mineral Ini Paling Mahal Di Dunia!

Diambil daripada mata air Fiji di Perancis, harga sebotol air mineral Acqua di Cristallo Tributto a Modigliani berukuran 750 ml bernilai $ 60 ribu USD. Salah satu sebab kenapa air mineral ini mahal kerana diisi ke dalam botol yang diperbuat daripada emas 24 karat. Bahkan, reka bentuknya diinspirasi daripada seniman kelahiran Itali iaitu Amedeo Clemente Modigliani

3. Kona Nigari

Kona-Nigari-mineral-water 5 Jenama Air Mineral Ini Paling Mahal Di Dunia!

Kebiasaannya, air mineral diperolehi dari mata air pergunungan tetapi air mineral Kona Nigari ini dihasilkan dari laut kepulauan Hawai. Air mineral yang hanya dijual di Jepun ini disebut-sebut boleh menurunkan berat badan, menghilangkan tekanan stres serta meningkatkan kualiti dan tona kulit. Air mineral ini dijual dengan $ 402 USD di pasaran.

4. Svalbardi

Svalbardi-mineral-water-e1507471812631 5 Jenama Air Mineral Ini Paling Mahal Di Dunia!

Air mineral yang diambil dari Svalbard, Lautan Artik mempunyai keunikannya tersendiri dimana diperbuat daripada glasier atau ais cair yang diproses menjadi air mineral dalam bungkusan. Untuk menikmati sebotol air mineral ini, anda perlu membelanjakan wang $ 82.03 USD bagi botol berukuran 750 ml.

5. Fillico

Fillico-mineral-water-e1507471789739 5 Jenama Air Mineral Ini Paling Mahal Di Dunia!

Last but not least, air mineral berjenama Fillico ini berasal daripada negara matahari terbit, Jepun. Airnya diambil dari mata air di rantau Kobe. Reka bentuk botol air mineral ini diilhamkan menerusi tapak warisan dunia di Itali iaitu Alberobello. Di samping itu, botol ini turut dihiasi dengan taburan kristal swarovski yang indah dan menawan. Satu botol Fillico ini berharga $ 219 USD.

azlan-150x150 5 Jenama Air Mineral Ini Paling Mahal Di Dunia!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Air Mineral #air mineral mahal #Air Mineral Paling Mahal Di Dunia #air mineral terbaik #Air Mineral Termahal Di Dunia #Air Mineral Termahal Dunia #air minum termahal #air putih mahal #air putih termahal #harga air equil #harga air mineral termahal di indonesia #Images for air mineral paling mahal #jenama air mineral termahal di dunia #Merek Air Mineral Termahal di Dunia

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.