Bukan mudah untuk mengadakan sesuatu majlis. Pelbagai perkara perlu dititikberatkan terutamanya dari segi pemilihan makanan untuk dijamu oleh para tetamu nanti.
Kebiasaannya, kek menjadi pilihan utama dalam menjayakan sesuatu majlis atau acara. Selalu menikmati kek kadang- kala mengundang perasaan membosankan.
Bagi anda yang mencari kelainan, mungkin anda patut baca artikel ini.
Berikut, penulis kongsikan lima makanan yang boleh ceriakan majlis anda selain kek.
1. Pizza
Inginkan kelainan, apakata anda gantikan kek dengan pizza. Pelbagai jenama pizza di luar sana yang boleh anda dapati dengan harga berpatutan.
Pastikan anda memilih pizza yang bersaiz sesuaiĀ untuk dinikmati bersama para tetamu.
2. Donut
Siapa kata donut hanya boleh dimakan semasa minum petang sahaja. Donut dengan pelbagai topping unik seperti cip coklat, biskut oreo atau strawberi di atasnya pasti memeriahkan lagi majlis anda. Menarik bukan!
3. Aiskrim
Buat anda yang sukakan pencuci mulut yang manis, aiskrim boleh dijadikan pengganti kek di saat merayakan sesuatu majlis. Selain sedap, aiskrim juga dapat membasahkan tekak kita semua.
Penulis sarankan agar anda pelbagai perasa pilihan dan topping untuk aiskrim tersebut. Pasti tetamu anda beratur panjang terutamanya kanak-kanak.
4. Burger
Tidak keterlaluan jika anda hidangkan burger kepada para tetamu sebagai pengganti kek. Siapa yang tidak suka makan burger. Sesekali makan burger, pasti seronok dan mengenyangkan.
5. Kek Cawan
Tidak dinafikan, kek cawan atau cup cake sememangnya kesukaan orang ramai termasuklah penulis sendiri.
Sebiji kek cawan mampu membuatkan anda dan tetamu jatuh cinta dengan kecomelan dan kesedapannya. Paling menarik, jika kek cawan ini dibuat daripada hasil air tangan anda sendiri. Pasti hebat!
Tags: #5 Makanan Pilihan Yang Memberi Kelainan #idea majlis harijadi #idea makanan majlis #idea makanan untuk sambutan majlis #majlis keraian #makanan parti yang simple #makanan pilihan majlis keramaian #makanan selain kek untuk majlis #makanan simple sambut majlis #sambut hari jadi anak