Selain Facebook dan Twitter, Instagram merupakan salah satu aplikasi media sosial popular di Malaysia.
Dari golongan biasa hingga ke selebriti popular, pemimpin negara dan keluarga diraja memiliki akaun Instagram masing-masing.
Malah, Malaysia mencatatkan kedudukan pertama pengguna Instagram paling aktif di Asia Pasifik iaitu 73% pada tahun 2016.
Sepanjang menggunakan media sosial ini, anda mesti menjumpai berbagai jenis dan ragam manusia dikalangan pengguna Instagram yang mencuit hati.
Untuk kali ini, penulis senarai lima jenis manusia yang boleh anda temui di Instagram. Take a look!
1. Hantu ‘Swafoto’
Kalau anda pengguna tegar Instagram, pastinya akan menemui golongan seperti ini yang gemar memuatnaik gambar swafotonya. Cenderung ‘mempromosikan’ dirinya, si ‘hantu’ swafoto ini kerap berkongsi gambar, video dan teks (caption) dengan gaya yang sama tanpa mengira tempat dan masa semata-mata untuk mendapat perhatian, like dan komen daripada orang lain. Malah, mereka menganggap bahawa semakin banyak orang memberi like dan komen, mereka semakin disukai oleh pengguna Instagram yang lain.
2. Kaki Gym
Budaya hidup sihat semakin popular dikalangan masyarakat dunia sehingga turut mempengaruhi para pengguna Instagram. Di sinilah, abang dan kakak sado berkongsi foto dan video yang mempamerkan aktiviti kecergasan mereka di pusat kecergasan atau gymnasium. Bergambar di depan cermin gymnasium dengan mengangkat dumbell atau memperlihatkan otot-otot tubuhnya dengan pelbagai gaya antara foto wajib ‘kaki gym’ yang dimuatnaik di instagram saban hari. Paling menarik, foto sebegini berjaya mendapat like yang tinggi dikalangan pengguna instagram berhashtag #gymfreak #workout #fitness #sixpack dan #abamsado.
3. Pet Lovers
Pengguna instagram jenis ini adalah golongan yang mencintai haiwan peliharaan berbanding orang lain. Sehinggakan gambar haiwan peliharaan mendominasi dari gambar swafoto atau wefienya. Gambar atau video haiwan peliharaan mereka yang sedang tidur, makan, bermain atau mandi merupakan foto yang dikongsikan di Instagram oleh Pet Lovers ini dengan hashtag #animallovers dan #petlovers.
4. Foodie
Foodie merupakan pengguna Instagram yang suka mengambil foto makanan atau minuman dengan pelbagai angle untuk dimuatnaik ke laman sosial tersebut. Hasil fotonya kadang-kala kelihatan lebih lazat berbanding makanannya sendiri. Kebiasaannya, mereka melakukannya untuk berkongsi pengalaman mencuba menu makanan yang baharu atau mempromosikan menu makanan di sesebuah kafe dan restoran. Antara gambar makanan atau minuman yang popular dan kerap dikongsikan di Instagram adalah coffee, pizza dan ais krim.
5. Kaki Travel
Keindahan destinasi pelancongan, kelazatan makanan tradisional serta keunikkan budaya dan kesenian masyarakat setempat menjadi tema utama buat pengguna Instagram yang suka mengembara atau melancong dalam merakam gambar dan video kenangan ketika bercuti. Menerusi foto atau video tersebut, kaki travel ini akan berkongsi tentang tempat-tempat menarik, kemudahan awam yang disediakan serta restoran pilihan untuk menikmati makanan tempatan. Mereka juga turut menyenaraikan bajet dan inteneri sepanjang percutian yang diikuti.
Tags: #Foodie #Hantu 'Swafoto' #Instagram #Jenis Pengguna Instagram #Kaki Gym #Kaki Travel #Pengguna Instagram Malaysia #Pet Lovers #Ragam Pengguna Instagram