5 Gaya Hidup Sihat Rasulullah SAW Ini Perlu Contohi Sebagai Muslim Sejati

Kubur Rasulullah Saw

Nabi Muhamad SAW merupakan suri teladan (role model) setiap muslimin dan muslimah sejati di dunia ini. Keperibadiannya yang mulia dan terpuji menjadi inspirasi dan contoh terbaik buat semua penganut Islam dalam menjalani kehidupan yang diredhai Allah SWT berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Walaupun sibuk menyebarkan dakwah Islam ke pelosok dunia, Rasulullah SAW tidak pernah sesekali meninggalkan amalan gaya hidup sihatnya. Malah, amalan-amalan sihat itu turut dicontohi oleh sahabat-sahabat baginda supaya dapat mengekalkan kecergasan tubuh badan sekaligus menunaikan amal ibadah yang difardukan dengan penuh khusyuk dan sempurna.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” – (Hadis riwayat Muslim)

Berikut, penulis kongsikan dengan anda tentang gaya hidup sihat Rasulullah SAW yang boleh dicontohi sebagai muslim sejati.

1. Bersukan

Dalam Islam, kita disarankan untuk menjaga kesihatan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti bermanfaat selain mengerjakan amal ibadat. Dengan bersukan, kita dapat menyihatkan tubuh badan daripada diserang sebarang penyakit berbahaya.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu, beliau suka melakukan aktiviti bersukan seperti memanah, menunggang kuda dan berenang.

Rasulullah SAW bersabda:

“Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah” – (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sesungguhnya, memang benarlah pepatah Melayu yang menyatakan ‘minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat’.

2. Makan Makanan Yang Halal Dan Sihat

Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada benda-benda yang baik (halal) yang Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada ALLAH, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya.” -(Surah Al-Baqarah: 172)

Selain bersukan, umat Islam turut diwajibkan makan makanan dari sumber rezeki yang halal dan sihat. Kita juga dinasihati supaya jangan makan berlebihan dan membazirkan makanan.

Antara makanan yang selalu dijamu Rasulullah SAW seperti madu, buah zaitun, delima, gandum dan kurma dimana makanan tersebut mempunyai pelbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

3. Jangan Tinggal Solat

Firman Allah SWT:

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” – (Surah al-‘Ankabut).

Masih ingat dengan Rukun Islam yang kedua iaitu menunaikan solat fardhu lima waktu sehari. Sebagai seorang muslim, kita mempunyai kewajipan dalam mendirikan solat lima waktu sehari semalam sebagai tanda mentaati Allah SWT.

Rasulullah SAW sentiasa mengerjakan ibadat solat secara berjemaah di masjid. Bukan sahaja solat diawal waktu, baginda juga rajin melakukan ibadat-ibadat sunat.

4. Rajin Berpuasa

Menurut firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.” – (surah al-Baqarah: 103),

Berpuasa merupakan perkara wajib keatas orang Islam apabila datangnya bulan Ramadan selama tiga puluh hari. Ianya didefinisikan sebagai menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan dan minum bermula dari terbit fajar (Subuh) sehinggalah terbenam matahari (Maghrib).

Selain berpuasa di bulan Ramadan, kita juga digalakkan melakukan amalan puasa sunat seperti puasa hari Asyura (10 Muharam), puasa Nisfu Syaaban dan Puasa 6 Hari bulan Syawal.

Apabila Ramadan tiba, Rasulullah selalu berbuka dengan beberapa biji kurma atau beberapa teguk air sebelum mendirikan solat. Baginda sambung makan selepas mengerjakan solat.

5. Membaca Al-Quran

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” – (Hadis Riwayat Muslim).

Al-Quran adalah mukjizat daripada Allah SAW dan Kitabullah terakhir yang diturunkan oleh kepada baginda. Membaca Al-Quran menjadi rutin harian Rasulullah terutamanya selepas menunaikan solat. Baginda turut mengajar sahabat-sahabatnya membaca Al-Quran kerana bacaan berkenaan sangat penting dalam mengerjakan solat.

Di samping dapat menambahkan pahala, membaca Al-Quran juga boleh menenangkan fikiran seseorang. Dengan fikiran yang tenang menjadikan seseorang muslim sejati yang sihat dan bahagia.

azlan-150x150 5 Gaya Hidup Sihat Rasulullah SAW Ini Perlu Contohi Sebagai Muslim Sejati

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Gaya Hidup Sihat Rasulullah #amalan rasulullah #Gaya hidup rasulullah #gaya hidup sihat rasulullah #lima gaya hidup nabi muhammad saw #Muslim Sejati #petua rasulullah saw #rasulullah sebagai contoh terbaik #sukan kegemaran rasulullah

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Leave a reply "5 Gaya Hidup Sihat Rasulullah SAW Ini Perlu Contohi Sebagai Muslim Sejati"