5 destinasi wajib dikunjungi di Lombok, Indonesia

Lombok Indonesia

Bercakap mengenai Indonesia, pasti ramai yang memasang hajat untuk menjejakkan kaki ke Lombok terutama dalam kalangan ‘kaki jalan’ dan mereka yang suka mengembara.

Bukan itu sahaja, Lombok yang terletak di kepulauan Nusa Tenggara Indonesia juga merupakan lokasi popular bagi mereka yang baru sahaja berkahwin sebagai tempat untuk berbulan madu.

Lombok turut mendapat jolokan pulau seribu masjid dengan menyaksikan lebih daripada 90 peratus majoriti penduduknya adalah penganut agama Islam serta kewujudan masjid walau di mana-mana sahaja di sana.

Pulau Lombok turut popular dalam kalangan pelancong dari Malaysia, Australia, Itali dan lain-lain lagi dek kerana keunikan tempatnya yang boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti makanan, budaya, keindahan pulau dan sebagainya.

Bagi mereka yang berhajat untuk melancong dan melawat Lombok dalam masa terdekat ini, berikut dikongsikan lima tempat menarik yang wajib anda singgah jika sudah sampai ke sana.

1. Gili Trawangan

Gili Trawangan merupakan destinasi wajib yang mesti anda singgah sesudahnya sampai di Lombok. Gili Trawangan yang digelar syurga Lombok dan berkeluasan kira-kira 12 kilometer itu memerlukan pelacong untuk menaiki bot laju khas ataupun bot awam yang disediakan.

Jika memilih untuk menaiki bot awam, perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit dan kebiasaannya akan penuh dengan orang awam berserta barangan yang turut dimuatkan dengan harga tambang yang jauh lebih murah.

Jika memilih untuk menggunakan bot laju dan privasi pula, anda boleh tiba di Gili Trawangan dari Jeti Senggigi hanya dalam masa 15 minit sahaja dengan bayaran yang agak mahal tetapi jauh lebih selesa.

Gili Trawangan merupakan pusat pelancong berkumpul atau ‘tourist spot’. Menariknya, anda tidak akan dapat melihat sebuah pun motosikal mahupun kereta kerana pulau tersebut bebas daripada sebarang asap dan pencemaran.

Pelancong boleh memilih sama ada untuk menyewa basikal dengan kadar harga serendah RM15 sehari ataupun menaiki ‘cidomo’ atau kereta kuda pada kadar harga RM30 seorang bagi mengelilingi kawasan sekitarnya.

Pelbagai kemudahan dan pusat-pusat hiburan juga ada disana dan pastinya bagi mereka yang sukakan aktiviti hiburan pada malam hari, inilah tempat yang bersesuaian di samping keindahan pantainya yang memukau jiwa.

2. Air Terjun Sendang Gile

Bukan sahaja terkenal dengan keindahan pulau yang tersendiri, Lombok juga memiliki puluhan air terjun yang indah dan dijadikan destinasi wajib bagi para pelancong tempatan mahupun luar.

Salah satu air terjun semula jadi yang semakin popular dan sentiasa menjadi tumpuan ramai ialah Air Terjun Sendang Gile yang terletak di kaki gunung Rinjani.

Air terjun yang mengalir deras itu berasal dari mata air Gunung Rinjani yang pastinya amat sejuk serta menjadi tumpuan untuk mereka yang gilakan aktiviti air.

Pemandangannya hijau yang cantik dengan udara yang nyawan pasti membuatkan anda seperti dilambai-lambai dari jauh. Untuk ke sini, anda perlu berjalan sedikit ala-ala hiking di sepanjang hutan lipur kira-kira 20 minit.

Keletihan berjalan itu pastinya hilang serta-merta tatkala anda menjejakkan kaki di air terjun tersebut.

3. Gunung Rinjani

Jika di kaki bukitnya terdapat Air Terjun Sendang Gile, maka diatasnya terdapat sebuah gunung azimat yang amat terkenal di Lombok dikenali sebagai Gunung Rinjani.

Gunung Rinjani merupakan sebuah gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dan masih aktif sehingga kini. Ketinggian gunung ini mencapai 3.276 meter dari aras laut dan pemandangan yang indah dapat disaksikan tatkala menjejakkan kaki di puncaknya.

Gunung Ranjani pastinya menjadi destinasi utama bagi pencinta alam dan para pendaki. Terdapat juga pakej-pakej khas berserta juru pandu arah yang ditawarkan kepada pelancong untuk ke puncak gunung tersebut pada kadar bayaran tertentu.

Percayalah, para pendaki pasti tidak akan melihat dan berpaling ke arah gunung-gunung lain jika sudah sampai ke puncak Rinjani nanti.

4. Pantai Mawun

Walaupun namanya agak kurang disebut-sebut dalam kalangan pelancong kerana lokasinya yang agak tersembunyi, Pantai Mawun yang terletak agak jauh dari ibu kota Lombok, Mataram pastinya memberikan pengalaman indah buat anda sebaik menjejakkan kaki di sana.

Pasir putih lembutnya yang terhampar luas beserta air pantainya yang kebiru-biruan pastinya bakal menambat hati anda untuk terus berada di sana.

Deruan ombak nyaman yang menghempas bibir pantai dengan keindahan panorama istimewa pastinya menaikkan lagi rasa cinta anda terutama bagi mereka yang datang berbulan madu di sini.

Pantai Mawun terletak di tengah-tengah antara Pantai Kuta dan Pantai Selong Belanak, Lombok.

Di sini juga terdapat pelbagai kemudahan seperti chalet termasuk spa kecantikan. Bagi mereka yang cintakan kedamaian dan jauh dari hiruk pikuk bising kota, ini merupakan tempat paling sesuai bagi anda!

5. Pantai Tangsi/Pink

Satu lagi pantai yang cukup menjadi perhatian para pelancong setibanya di Lombok ialah Pantai Tangsi atau lebih dikenali pelancong sebagai Pantai Pink.

Pantai Pink memiliki daya tarikan tersendiri kerana hamparan pasir putih yang telah bercampur dengan serpihan terumbu karang berwarna merah muda menghasilkan pasir berwarna pink.

Terik cahaya matahari terutama di pagi hari yang memancar ke permukaan laut pastinya menampakkan lagi pasir pantai tersebut yang semakin bercahaya dan berwarna pink.

Pantai yang begitu tenang dan memiliki ombak perlahan ini pastinya membuatkan para pelancong terpesona ketika berlibur di sana ditambah pula dengan hamparan bukit hijau di sekelilingnya.

AirTerjunSendangGile-150x150 5 destinasi wajib dikunjungi di Lombok, Indonesia

Air Terjun Sendang Gile

Gili-Trawangan-150x150 5 destinasi wajib dikunjungi di Lombok, Indonesia

Gili Trawangan

GunungRinjani-150x150 5 destinasi wajib dikunjungi di Lombok, Indonesia

Gunung Rinjani

PantaiMawun-150x150 5 destinasi wajib dikunjungi di Lombok, Indonesia

Pantai Mawun

Pantaipink-150x150 5 destinasi wajib dikunjungi di Lombok, Indonesia

Pantai Pink

PantaiTangsi-150x150 5 destinasi wajib dikunjungi di Lombok, Indonesia

Pantai Tangsi

Lombok-Cover-150x150 5 destinasi wajib dikunjungi di Lombok, Indonesia

Simbolik buaian di Lombok, Indonesia

a63430bc-6f68-4460-a663-b092fe992402-150x150 5 destinasi wajib dikunjungi di Lombok, Indonesia

Sairul Zamri Misrani

Seorang wartawan muda yang sangat suka melancong dan mengembara ke tempat-tempat baharu. Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di salah sebuah akhbar berbahasa Melayu terkemuka negara hinggalah ke saat ini.

More Posts

Follow Me:
facebook 5 destinasi wajib dikunjungi di Lombok, Indonesia

Loading...

Tags: #apa menarik di lombok #Gili trawangan #Lombok #lombok hotels #lombok indonesia things to do #lombok or bali #lombok travel #lombok trip blog #lombok tripadvisor #melancong ke indonesia #Percutian bajet lombok #Percutian lombok #Pulau lombok #Sendang gile #Tempat menarik di lombok

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "5 destinasi wajib dikunjungi di Lombok, Indonesia"