Pejam celik-pejam celik, sudah lebih seminggu kita berpuasa di bulan Ramadan. Dalam menjalani ibadat puasa, kemungkinan bibir menjadi kering dan pecah-pecah kerap berlaku pada sesorang akibat dari pelbagai faktor termasuklah dehidrasi.
Berikut, penulis kongsikan dengan anda 5 cara mudah untuk mengatasi masalah bibir kering di bulan puasa. Lets find out!
1. Pakai pelembab bibir
Di bulan puasa, pelembab bibir atau lips balm dilihat sebagai salah satu alternatif terbaik dan mudah untuk mengatasi masalah bibir kering.
Boleh didapati di pasaran dengan pelbagai perisa dan harga yang berpatutan, anda boleh bawanya kemana-mana dan dipakai bila-bila masa.
Sebaik-baiknya pakai pelembab bibir yang mengandungi jeli petroleum dan vitamin E yang bertindak sebagai agen pelembab serta membantu mengatasi masalah bibir pecah.
2. Oleskan Madu
Madu bukan sahaja digunakan dalam masakan bahkan memainkan peranan penting dalam dunia kecantikan.
Semudah ABC, anda hanya perlu oleskan beberapa titisan madu di bibir yang kering selama beberapa minit.
Untuk mendapat hasil yang memberangsangkan, amalkan secara rutin sehingga bibir anda kembali lembab dan tidak kering lagi.
3. Minum Air Kosong
Kekurangan sumber air dalam tubuh badan manusia menjadi punca utama berlakunya masalah bibir kering dan pecah-pecah.
Samada di bulan Ramadan atau hari-hari biasa, kita digalakkan meminum air kosong (air putih yang dimasak) sekurang-kurangnya lapan gelas sehari supaya tidak mengalami dehidrasi.
4. Guna Timun Sebagai Pelembar
Sebelum masuk tidur, anda mungkin selalu menempel hirisan timun bagi menghilangkan kesan hitam di sekitar bahagian mata setiap malam.
Mulai malam ini, apakata anda mencuba untuk meletakkan hirisan timun di bibir atau menggosoknya secara perlahan-lahan di bibir bagi mengembalikan kelembapannya.
Lakukan dua kali sehari untuk kesan yang semaksimun.
5. Guna Lidah Buaya
Tidak dinafikan, Lidah Buaya atau Alor Vera mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan diri.
Tidak hanya bermanfaat kepada rambut, tumbuhan ini sangat bagus untuk mengatasi masalah bibir kering yang dihadapi anda.
Oleskan gel segar yang terdapat pada daun lidah buaya di kawasan bibir dan biarkan semalaman. Gel ini berfungsi sebagai pelembab dan menyemburkan luka yang terdapat pada bibir.
Tags: #Petua Atasi Bibir Kering Saat Berpuasa #petua bibir kering #petua lembabkan bibir #tips elak bibir kering #Tips Merawat Bibir Kering Di Bulan Ramadan