5 Cara Efektif Halau Semut Di Rumah Anda!

5 Cara Efektif Usir Semut Di Dalam Rumah Anda!

Siapa yang tidak kecewa apabila kediamannya lebih-lebih lagi di ruangan dapur dan bilik tidur dikelilingi banyak semut. Bukan sahaja menjengkelkan, serangga ini juga mengerumuni makanan dan sampah.

Persoalannya, dari mana kedatangan semut-semut ini? Bagaimana pula cara untuk mencegahnya?

Jika sebelum ini, penulis kongsikan mengenai tips untuk mengusir nyamuk menerusi tanaman pokok hiasan. Untuk kali ini, penulis senaraikan pula 5 cara efektif untuk mengusir semut di dalam rumah anda seperti yang dipetik laman Vemale. Com. Check these out!

1. Semburan Serangga

Cara paling mudah untuk mengusir semut di dalam rumah anda adalah dengan membeli semburan serangga yang terdapat di pasar raya, kedai serbaneka atau pasar malam dari yang murah sehingga puluhan ringgit.

Sebelum menggunakan semburan serangga, sila pastikan anda menemui sarang atau tempat persembunyian semut. Sembur di kawasan sarang dan tempat-tempat yang selalu mereka singgah atau berkumpul. Jangan lupa untuk memakan topeng muka sebelum melakukan proses penyemburan.

2. Cuka/Lemon Bersama Air

Sekiranya semburan serangga lebih berbahaya dan perlu disimpan supaya tidak mudah diakses oleh anak-anak dirumah, terdapat cara lain yang boleh digunakan anda bagi mengusir semut seperti menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur.

Salah satunya dengan mencampurkan cuka/lemon ke dalam mangkuk bersama air lalu dikacau sehingga sebati. Setelah siap, isikan campuran berkenaan dalam dalam bekas semburan. Kemudian, sembur di seluruh kawasan rumah anda terutamanya di kawasan sarang serangga tersebut. Paling penting, campuran ini sangat selamat digunakan khususnya di tempat makanan.

3. Air Sabun & Air

Selain campuran cuka/lemon bersama air, siapa sangka campuran air sabun dengan air boleh menjadi solusi untuk menghalang semut dari bermahajalela di rumah anda. Sama seperti langkah 2, anda hanya perlu menyembur campuran air sabun ke tempat-tempat yang sering semut berada dan di sarangnya secara rutin.

4. Kapur Semut

Seperti semburan serangga, anda juga boleh mendapati kapur semut di pasaran berdekatan sama ada di pasar raya atau pasar malam. Bagi mencegah kedatangan semut, lindungi kawasan di dalam rumah anda dengan menggariskan kapur semut seperti di ruang makan atau ruang tamu. Biarpun langkah ini kelihatan sedikit kotor, sekurang-kurangnya dapat membasmi semut yang menghuni di kediaman anda dan tidak meninggalkan bau yang busuk.

5. Serbuk Kayu Manis & Cengkeh

Tidak hanya digunakan dalam masakan, rempah-ratus seperti kayu manis dan cengkeh boleh menjadi penyelamat anda dalam mengatasi masalah semut yang berkeliaran di rumah. Semudah ABC, anda cuma perlu taburkan serbuk kayu manis dan letakkan beberapa cengkeh di kawasan makanan yang dicari oleh serangga berkenaan. Selamat dan menjimatkan!

azlan-150x150 5 Cara Efektif Halau Semut Di Rumah Anda!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cara Efektif Usir Semut Di Rumah Anda #cara halau semut dalam kereta #cara membasmi semut #cara menghalau semut #cara mengusir semut agar tidak datang lagi #cara mengusir semut dari rumah kita #Cara Mudah Usir Semut Di Kediaman Anda #Petua Halau Semut Dengan Berkesan #racun semut #semut #Tips Halang Semut Di Rumah Anda #Tips Usir Semut Yang Berkeliaran Di Rumah Anda

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.