Pada hari ini, pelbagai produk wangian diri terdapat di pasaran sama ada minyak wangi, body mist, cologne dan lain-lain lagi tanpa mengira jantina lelaki mahupun wanita.
Bermula dari puluhan hingga ratusan ringgit, minyak wangi hadir dengan beraneka aroma wangian mengikut personaliti diri dan selera si pemakai masa kini.
Boleh dikatakan, minyak wangi menjadi pelengkap kepada penampilan seseorang apabila berdepan dengan masyarakat disekeliling.
Seperti barang-barangan yang lain, minyak wangi juga perlu dijaga dengan baik supaya wangiannya semakin sensasi dan boleh bertahan lebih lama.
Cara Simpan Minyak Wangi Supaya Kekal Wangi Dan Tahan Lama
Dipetik dari laman Cosmopolitan Indonesia, berikut 5 cara betuk menyimpan minyak wangi supaya kekal tahan lama. Keep scrolling!
1. Jangan Terdedah Daripada Sinaran Matahari
Buat pencinta minyak wangi, anda dikehendaki supaya elakkan meletak minyak wangi di tempat yang terdedah dengan sinaran matahari. Hal ini kerana minyak wangi sangat sensitif pada cahaya matahari. Sebaik-baiknya, tempatkan minyak wangi kesayangan anda di tempat yang gelap, tertutup atau tidak terdedah dengan sinaran matahari.
2. Jangan Simpan Di Tempat Yang Bersuhu Panas
Tahukah anda, suhu panas boleh menyebabkan aroma minyak wangi semakin berkurangan. Justeru, anda diminta untuk menyimpan ditempat yang sejuk. Elakkan meninggalkan minyak wangi anda di dalam kereta kerana ianya menghasilkan udara yang pengap dan terdedah dengan cahaya matahari.
3. Elakkan Simpan Minyak Wangi Di Bilik Air
Percaya atau tidak, sesetengah daripada kita menyimpan minyak wangi di dalam bilik air. Ironinya, tindakan ini bukan satu idea yang bagus buat anda kerana bilik air merupakan tempat yang sangat lembap sehinggakan menjadi tempat pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan berlakunya masalah alahan kulit buat si pemakai kelak.
4. Tutup Minyak Wangi Dengan Rapat
Situasi ini sering kali terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya apabila tergesa-gesa untuk melakukan sesuatu sehingga terlupa untuk menutup penutup minyak wangi yang dipakai. Ingat, minyak wangi mempunyai kandungan alkohol yang boleh menguap dan menyebabkan aroma wangian anda semakin berkurangan. Oleh itu, sila pastikan anda menutup minyak wangi dengan rapat sebelum keluar ke mana-mana atau setelah digunakan.
5. Simpan Minyak Wangi Ke Dalam Botol Bersaiz
Sekiranya ingin pergi bercuti atau balik kampung selama beberapa hari, anda disarankan supaya menggantikan minyak wangi ke dalam botol bersaiz kecil agar senang untuk dibawah dan menjimatkan ruang simpanan bagasi. Selain mudah pecah, botol besar juga mudah terdedah dengan cahaya matahari yang berlebihan.
Tags: #Cara Betul Simpan Minyak Wangi Agar Kekal Tahan Lama #cara jitu simpan minyak wangi #cara kekalkan ketahanan perfume #Cara Simpan Minyak Wangi Anda #cara simpan perfume #Kaedah Betul Simpan Minyak Wangi Anda #kekalkan haruman perfume #Minyak Wangi #minyak wangi de'xandra #minyak wangi lelaki paling top #minyak wangi original #minyak wangi tanpa alkohol #perfume #simpan minyak wangi #tips simpan minyak wangi #Tips Simpan Minyak Wangi Dengan Betul