Tinggal beberapa hari lagi kita bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri setelah sepurnama berpuasa di bulan Ramadan.
Di samping pakaian raya dan barang kelengkapan rumah, kuih raya atau biskut raya turut menjadi pilihan utama si pembeli untuk persiapan terakhir sebelum pulang ke desa tercinta.
Selain juadah tradisional seperti ketupat, lemang dan dodol, biskut raya moden yang beraneka rasa dan bentuk turut dihidang bersama untuk santapan keluarga dan tetamu di pagi Syawal.
Untuk kali ini, penulis ingin kongsikan dengan pembaca tentang 5 biskut moden yang popular di Hari Raya Aidilfitri. Jom, semak!
1. Almond London
Almond London, biskut moden yang bersalut coklat dan berinti badam ini paling laris dipasaran dan cepat habis kalau dihidangkan di pagi Syawal.
Tanpa mengira tua dan muda, mereka sangat menyukai biskut ini termasuklah ayah penulis sendiri.
Bahan-bahan utama untuk membuat biskut laku keras ini adalah tepung gandum, tepung jagung, nestum, coklat masakan dan badam.
2. Tart Nenas
Selain Almond London, Tart Nenas merupakan biskut moden yang popular di hari lebaran. Dengan pastri rapuh gebu berserta jem nenas didalamnya membuatkan sesiapa saja jatuh cinta dengan keenakkanya. Sekali rasa, pasti nak lagi.
Menariknya, biskut moden ini boleh didapati dengan perisa lain itu Tart Blueberry dan Tart Strawberry.
3. Cornflakes Madu
Bagi penulis, Cornflakes Madu merupakan biskut moden yang paling ringkas dan mudah untuk dimasakkan oleh sesiapa sahaja.
Antara bahan-bahan untuk menghasilkan biskut ini seperti cornflakes (empingan jagung), madu, gula perang, mentega, esen vanilla dan badam. Bukan sahaja sedap malahan ranggup jika anda memakannya.
4. Lidah Kucing
Pernah menjadi fenomena dua tiga tahun yang lalu, biskut Lidah Kucing ini turut dikenali sebagai Biskut Pelangi atau Rainbow Cookies.
Biskut berwarna-warni ini sangat disukai kanak-kanak. Paling penting untuk membuat biskut ini adalah pewarna makanan dimana memerlukan tujuh warna seperti pelangi.
5. Biskut Florentine
Biskut Florentine atau Almond Crunchy Caramel baru sahaja popular dinegara kita setahun yang lalu.
Di samping tepung florentine, biskut ini diperbuat dari bijan putih, bijan hitam serta kekacang seperti badam dan kuaci hijau. Untuk info, harga biskut ini agak mahal sedikit di pasaran.
Tags: #5 biskut raya paling popular #Biskut Raya Moden Popular Di Aidilfitri #biskut raya pilihan rakyat malaysia #idea biskut raya #Kuih Raya Moden