5 Bintang K-Pop Ini Dilahirkan Dari Keluarga Kaya Raya, Siapakah Mereka?

Artis Kpop Kaya

Bergelar seorang selebriti bukan mudah. Segala kisah kehidupan dan aktiviti seni menjadi tatapan masyarakat terutamanya para peminat masing-masing. Saban hari, pasti ada berita dan gosip panas dikeluarkan oleh surat khabar, majalah, televisyen ataupun portal berita atas talian.

Seperti kisah 5 bintang K-Pop ini yang berasal dari keluarga konglomerat. Sejak kecil lagi, mereka menjalanikan kehidupan sebagai anak orang kaya. Kebanyakkan ibu bapa atau ahli keluarga mereka merupakan orang penting di sesebuah syarikat besar atau memiliki kekayaan yang melimpah ruah. Namun, bintang-bintang K-Pop ini tetap meneruskan karier seni mereka dengan baik dan profesional.

Dipetik dari Koreaboo.Com, inilah 5 bintang K-Pop yang dilahirkan dalam keluarga kaya raya. Here they are!

1. Siwon (Super Junior)

Siwon-Super-Junior-e1500617021410 5 Bintang K-Pop Ini Dilahirkan Dari Keluarga Kaya Raya, Siapakah Mereka?

Siwon atau nama sebenarnya Choi Siwon merupakan salah seorang ahli kumpulan K-Pop popular iaitu Super Junior. Selain aktif menyanyi, jejaka kacak berusia 31 tahun ini melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan dan modeling. Berasal dari Seoul, Korea Selatan, Siwon dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan terpengaruh. Ayahnya merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat farmaseutikal, Boryung Medience dan mantan presiden di syarikat fesyen iaitu Korean Slim Fashion. Manakala, ibunya pula pemilik bisnes barangan pakaian dalaman wanita di Korea.

2. Sooyoung (Girls Generation)

Sooyoung-Girls-Generation-e1500617044296 5 Bintang K-Pop Ini Dilahirkan Dari Keluarga Kaya Raya, Siapakah Mereka?

Bukan sahaja dikurniakan rupa paras yang cantik serta berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan, pemilik nama Choi Soo-Young atau mesra disapa sebagai Sooyoung berasal dari keluarga konglomerat di Korea Selatan. Kalau hendak tahu, datuknya memiliki sebuah syarikat arkitektur terkenal yang pernah membina bangunan hebat seperti Seoul Arts Center. Ayah Sooyoung pula menerajui jawatan presiden di syarikat perdagangan.

3. Nichkhun (2PM)

Nichkhun-2PM-e1500617063562 5 Bintang K-Pop Ini Dilahirkan Dari Keluarga Kaya Raya, Siapakah Mereka?

Dikenali sebagai Prince of Thailand, Nichkhun atau nama lengkapnya Nichkhun Buck Horvejkul dari kumpulan 2PM pernah bersekolah di Wanganui Collegiate School di New Zealand dimana kos perbelanjaan pelajarannya disana mencecah USD 41,916 setahun. Ibunya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat farmaseutikal bernama Union Medical dan bapanya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat perdagangan di Thailand.

4. Psy

PSY-e1500617108497 5 Bintang K-Pop Ini Dilahirkan Dari Keluarga Kaya Raya, Siapakah Mereka?

Ketika mencipta fenomena dunia seni hiburan antarabangsa dengan lagu ‘berhantu’ berjudul Gangnam Style, saham syarikat elektrik milik keluarga Psy iaitu DI Corporation meningkat lapan kali ganda pada 2012. Syarikat yang dibangunkan oleh ayahnya mulai 1955 kini diuruskan sendiri oleh Psy sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Sementara itu, ibunya menjalankan perniagaan restoran bernama Petits Seasons manakala kakaknya adalah jurugaya makanan (food stylist).

5. Tzuyu (Twice)

Tzuyu-Twice-e1500617197528 5 Bintang K-Pop Ini Dilahirkan Dari Keluarga Kaya Raya, Siapakah Mereka?

Menggunakan nama pentas sebagai Tzuyu, ahli kumpulan Twice ini juga dilahirkan daripada keluarga yang kaya. Untuk pengetahuan pembaca, ibu Tzuyu adalah pemegang saham utama di sebuah hospital di Taiwan. Di samping itu, ibunya juga banyak melabur dalam bidang seperti pembedahan plastik. Kini, ibunya menbuka bisnes kedai minuman di Korea.

 

azlan-150x150 5 Bintang K-Pop Ini Dilahirkan Dari Keluarga Kaya Raya, Siapakah Mereka?

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Bintang K-Pop #Bintang K-pop #korean artist #Nichkhun (2PM) #psy #Selebriti K-Pop #Selebriti KPop Dilahirkan Dalam Keluarga Kaya #Siwon (Super Junior) #Sooyoung (Girls Generation) #Tzuyu (Twice)

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.