Selain pakaian sesuai dan tatarias yang menarik, wangian diri juga sangat penting dalam penampilan seseorang.
Wangian seperti minyak wangi, Eau de Perfume, Eau de Toilette, Cologne dan Body Mist bukan sahaja mewangikan tubuh badan malahan meningkatkan keyakinan diri si pemakai apabila berdepan dengan publik.
Tahukah anda, wangian-wangian di atas diperbuat daripada tiga campuran utama seperti essential oil, air dan alkohol. Campuran ketiga-tiga bahan ini boleh membezakan jenis-jenis wangian diri yang dipakai oleh kita semua.
Buat para pembaca, ini perbezaan wangian diri yang perlu anda ketahui. Here they are!
1. Minyak Wangi
Untuk info, kandungan essential oil yang terdapat pada minyak wangi merupakan faktor utama wangian ini dikenakan harga yang mahal. Semakin tinggi essential oil, semakin wangi dan tahan lama minyak wangi berkenaan. Lazimnya, sebotol minyak wangi mengandungi 40 % essential oil dimana boleh bertahan hingga 12 jam. Oleh itu, dengan sedikit semburan minyak wangi sudah mampu membuatkan kita harum sepanjang hari.
2. Eau De Perfume (EDP)
Berbanding minyak wangi, wangian jenis Eau De Perfume (EDP) mempunyai 15 hingga 20 % essential oil. Selain boleh bertahan selama 4 hingga 6 jam, wangian ini boleh disembur pada badan, rambut dan pakaian (kecuali bahan sutera).
3. Eau De Toilette (EDT)
Wangian jenis ini bersifat ringan, lembut dan lebih segar berbanding minyak wangi tetapi hanya mampu bertahan selama 3 hingga 4 jam sahaja. Ini kerana, wangian ini memiliki 10 % kandungan essential oil. Semakin rendah essential oil, semakin tinggi kadar alkohol dalam wangian tersebut.
4. Cologne
Memiliki 5% kandungan essential oil, Cologne atau Eau De Cologne dibahagikan kepada dua variasi iaitu spray (semburan) dan splash (percikan). Di samping essential oil, wangian jenis ini juga mengandungi air dan alkohol. Jika splash cologne dituangkan ke telapak tangan lalu diaplikasikan di seluruh badan, spray cologne pula disembur pada tubuh seperti minyak wangi biasa.
5. Body Mist
Body Mist atau Body Spray adalah wangian diri paling sikit mengandungi essential oil iaitu sebanyak 2 % sahaja. Bukan sahaja murah dan mampu bertahan selama sejam, anda juga perlu kerap memakai body mist dengan cara menyemburkan ke seluruh tubuh badan agar kekal harum saban hari.
Tags: #beza pewangi badan #body mist #Cologne #EDP #EDT #Jenis Wangian Diri #Perbezaan Wangian Diri #produk wangian badan #Wangian Diri