5 Barang Peribadi Wanita Yang Berguna Sebagai Alat Pertahanan Diri Ketika Diancam Bahaya!

Pertahanan Wanita

Sejak akhir-akhir ini, kes jenayah semakin meningkat di negara kita. Pelbagai kes jenayah dilaporkan di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen tempatan.

Antara kes jenayah yang seringkali berlaku adalah meragut, merompak, mencabul dan merogol dimana kaum wanita seringkali dijadi sasaran mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Sama ada berada di dalam atau luar rumah, aspek keselamatan diri perlu dititikberatkan oleh kita semua lebih-lebih lagi golongan wanita.

Tahukah anda, barangan yang terdapat di dalam beg tangan atau barangan kegunaan harian boleh digunakan oleh wanita sebagai alat untuk keselamatan diri.

Berikut, penulis kongsikan lima barangan wanita yang boleh dijadikan sebagai alat bela diri jika diancam bahaya. Jom kita semak!

1. Jarum Peniti

jarum-peniti-300x300 5 Barang Peribadi Wanita Yang Berguna Sebagai Alat Pertahanan Diri Ketika Diancam Bahaya!

Jarum peniti yang biasanya digunakan oleh wanita berhijab untuk membetulkan tudung boleh dijadikan sebagai alat bela diri jika mengalami bahaya. Jika ditangkap oleh orang jahat, anda cuma perlu mencucuk jarum peniti dibahagian tangan atau badannya. Walaupun kecil, jarum peniti boleh memberikan kesan yang menyakitkan andai dicucuk dengan kuat.

2. Pengetip Kuku

nail-clip-300x300 5 Barang Peribadi Wanita Yang Berguna Sebagai Alat Pertahanan Diri Ketika Diancam Bahaya!

Jangan pernah anda persoalkan orang yang membawa pengetip kuku ke mana-mana sahaja sama ada di poket seluar atau beg tangan. Hal ini kerana, pengetip kuku sangat bermanfaat ketika anda diancam bahaya. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan pisau yang terdapat pada pengetip kuku untuk memotong tali jika diikat oleh penjahat atau mencederakan penjahat untuk cubaan melarikan diri ke kawasan selamat.

3. Minyak Wangi

perfume-spray-300x300 5 Barang Peribadi Wanita Yang Berguna Sebagai Alat Pertahanan Diri Ketika Diancam Bahaya!

Bukan sahaja dapat menyegarlan kembali tubuh badan si pemakai, minyak wangi juga berfungsi sebagai alat untuk keselamatan diri. Dengan sedikit semburan di bahagian mata, anda boleh menyelamatkan diri dari orang jahat yang cuba mendekati dengan tiba-tiba.

4. Kasut Tumit Tinggi

kasut-tumit-tinggi-300x300 5 Barang Peribadi Wanita Yang Berguna Sebagai Alat Pertahanan Diri Ketika Diancam Bahaya!

Siapa kata kasut tumit tinggi atau high heels hanya sesuai digunakan oleh wanita untuk berfesyen. Kalau nak tahu, kasut jenis ini mampu menumpahkan orang jahat jika anda diancam bahaya. Dibanding wedges, high heels jauh lebih menyakitkan dan meninggalkan luka ringan jika dibaling kepada orang jahat. Hebat bukan!

5. Payung

payung 5 Barang Peribadi Wanita Yang Berguna Sebagai Alat Pertahanan Diri Ketika Diancam Bahaya!

Sama ada hujan atau tidak, payung mesti dibawa kerana boleh menjadi penyelamat tanpa diduga buat anda saat dilanda bahaya. Tanpa sebarang alatan bela diri, anda boleh memukul orang jahat dengan menggunakan payung. Dengan menggunakan payung, mampu menyelamatkan diri anda.

azlan-150x150 5 Barang Peribadi Wanita Yang Berguna Sebagai Alat Pertahanan Diri Ketika Diancam Bahaya!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #alat bela diri wanita #Alat Pertahanan Diri Ini DiMiliki Wanita Tanpa Disedari #alat pertahanan diri yang legal #barang peribadi wanita #Jaga Keselamatan Diri Dengan Barangan Wanita #senjata rahasia untuk jaga diri #Tips Keselamatan Diri Buat Wanita

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.