Umpama irama dan lagu, wanita dan kecantikan sangat sinonim dan tidak boleh dipisahkan.
Semakin meningkat usia, kecantikan dan kesihatan diri perlu dijaga dengan sebaik-baiknya tanpa mengira orang biasa atau selebriti popular.
Bergelar seorang selebriti bukannya mudah. Selain sibuk dengn aktiviti seni, personaliti dan kecantikan seseorang artis wanita sentiasa dipandang masyarakat untuk dijadikan inspirasi dan teladan.
Untuk kali ini, penulis senarai lima artis wanita popular Malaysia yang kekal cantik di usia 40-an. Siapa saja mereka, let’s find out!
1. Rozita Che Wan
Rozita Che Wan atau Che Ta tidak pernah gagal untuk kelihatan cantik jelita sama ada di lensa kamera, muka depan majalah mahupun dikhalayak ramai.
Walaupun memasuki usia 44 tahun, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini seakan-akan masih remaja. Wajahnya semakin menawan setelah tampil menggenakan imej berhijab atau bertudung.
2. Erra Fazira
Meskipun usia mencecah 43 tahun, kecantikan wanita bernama Erra Fazira seolah-olah tidak pernah pudar.
Siapa yang memandang, pastinya terpukau dek keayuan dan kejelitaan yang dimiliki bintang filem Sembilu dan Maria Mariana ini.
Sedar atau tidak, bekas Ratu Cantik Malaysia (1992) ini sudah berkecimpung lebih 20 tahun sebagai anak seni.
3. Ziana Zain
Siapa tidak mengenali penyanyi popular bersuara lantang, Ziana Zain ini.
Dilahirkan pada 2 Mei 1968, Ziana atau nama lengkapnya Siti Roziana Zain masih mengekalkan kecantikan dan kemerduaan suaranya.
Selain bersenam di gimnasium dan memakan suppleman tambahan, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut mengamalkan petua tradisional turun temurunnya seperti memakai masker beras bagi rawatan muka manakala minyak kelapa untuk rambut hitam bersinar.
4. Vanida Imran
Menitikberatkan senaman secara berkala dan pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari merupakan rahsia kecantikan dan kesihatan diri Vanida Imran.
Di samping mengamalkan yoga, figura kelahiran Pulau Pinang ini suka bersenam di gimnasium, berjoging di hujung minggu dan menyertai acara walkathon bersama suami dan anak-anaknya.
Berusia 44 tahun, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) ini berkelana sebagai anak seni lebih 20 tahun sebagai seorang pelakon, pengacara dan aktivis teater.
5. Amy Mastura
Dikurniakan rupa paras yang cantik dan awet muda merupakan satu bonus buat pelantun lagu Sha Na Na dan Bintang Hati ini.
Sehingga kini, wajah Amy Mastura masih cantik dan kekal langsing seperti dahulu meskipun usia mencecah 46 tahun.
Bergelar ibu kepada dua anak perempuan tidak pernah menghalang pelakon drama komedi Puteri ini daripada menjaga penampilan dan gayanya.
Tags: #artis umur 40 cantik #artis wanita cantik usia 40 tahun #Artis Wanita Malaysia Kekal Cantik Di Usia 40-an #selebriti Malaysia Ini Kekal Cantik Di Usia 40-An #wanita umur 40 tahun