5 Aiskrim Unik Ini Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara!

Ais Krim Unik Ini Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara

Tidak dapat dinafikan bahawa aiskrim bukan hanya disukai oleh kanak-kanak malahan menjadi kegilaan para remaja dan golongan dewasa.

Pada masa kini, anda boleh menikmati pelbagai jenis aiskrim dengan bermacam-macam perisa dan topping dari yang biasa sehingga ke saiz jumbo mengikut selera anda.

Salah satu keunikkan yang terdapat pada aiskrim ialah anda boleh memakannya pada bila-bila masa tanpa mengira mood ketika itu.

Pastinya, generasi 90-an mengingati aiskrim Malaysia, aiskrim pop dan aiskrim roti yang menjadi makanan sampingan ketika masih kanak-kanak?

Selain di Malaysia, anda juga boleh merasai aiskrim yang unik dan luar biasa jika ke luar negara. Sesekali melancong ke tempat asing, jangan lupa untuk mencuba sendiri makanan jalanan termasuklah aiskrim tradisional buatan mereka.

Buat pencinta aiskrim, penulis kongsikan 5 aiskrim unik yang perlu anda cuba jika ke luar negara. Check it out!

1. Dondurma – Turki

Dondurma-ais-krim-Turki 5 Aiskrim Unik Ini Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara!

Untuk pengetahuan para pembaca, Dondurma merupakan aiskrim tradisional Turki yang diperbuat daripada susu kambing, gula, salep (tepung yang dikisar daripada akar orkid liar) dan mastic. Bukan sahaja memiliki rasa yang bertekstur dan menyelerakan, penyajiannya sangat unik dan tersendiri. Ini kerana, para penjual Dondurma akan melakukan beberapa aksi ketika menyediakan aiskrim terlebih dahulu supaya dapat menghiburkan hati para pelanggannya. Menariknya, Dondurma ni sangat kental berbanding aiskrim biasa diluar sana dan tidak mudah meleleh. Buat anda yang ingin bercuti ke Turki dalam masa terdekat, jangan lupa untuk menikmati aiskrim ini.

2. I Tim Pad – Thailand

I-Tim-Pad-tradisional-ice-cream-Thailand 5 Aiskrim Unik Ini Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara!

Salah satu makanan jalanan yang perlu anda cuba jika ke Thailand adalah I Tim Pad. I Tim Pad atau aiskrim gulung ini sangat terkenal di negara gajah putih berkenaan terutamanya di kalangan para pelancong asing. Keunikkan aiskrim gulung ini disebabkan ianya digoreng nipis diatas kuali sejuk sebelum digulung seperti popia dan disajikan didalam bekas (cup) dengan beraneka topping seperti taburan biskut, jeli, kekacang atau buah-buahan diatasnya mengikut citarasa anda.

3. Hokey Pokey – New Zealand

Hokey-Pokey-ice-cream-New-Zealand 5 Aiskrim Unik Ini Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara!

Aiskrim dari New Zealand ini sangat kaya dengan rasanya kerana mengandungi bahan-bahan yang cukup unik. Realitinya, aiskrim Hokey Pokey ini sama seperti aiskrim perisa vanila yang selalu kita beli tetapi rasanya diperhebatkan lagi dengan campuran honeycomb atau sarang madu lebah. Meskipun resepi asli Hokey Pokey adalah aiskrim vanila yang diberi toffee atau campuran air gula yang dikaramelkan, namun Hokey Pokey dengan sarang madu lebah tetap menjadi pilihan orang ramai.

4. Spaghettieis – Jerman

Spaghettieis-ice-cream-Jerman 5 Aiskrim Unik Ini Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara!

Bagi penggemar Spageti, anda perlu mencuba pencuci mulut ini. Aiskrim tradisional Jerman ini dibuat khas semirip dengan spageti yang seringkali dimakan oleh anda sama ada dirumah atau di restoran. Paling menarik, spegetinya dibuat daripada aiskrim sundae perisa vanila, sos marimana digantikan dengan puri strawberry bersama krim putar serta keju Parmesan pula ditukar kepada kelapa parut. Untuk merasai Spagettieis ini, anda boleh mendapatinya di seluruh kawasan di Jerman. Menarik bukan!

5. Aiskrim Mochi – Jepun

Aiskrim-Mochi-di-Jepun 5 Aiskrim Unik Ini Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara!

Mochi adalah kuih tradisional Jepun yang diperbuat daripada tepung pulut dan diisikan kacang merah. Sementara itu, aiskrim Mochi pula dihasilkan menerusi aiskrim pelbagai perisa seperti coklat, vanila, durian atau mangga yang diisikan ke dalam Mochi. Teksturnya yang kenyal dan lembut, membuat sesiapa sahaja menyukainya aiskrim ini.

azlan-150x150 5 Aiskrim Unik Ini Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #aiskrim jepun #aiskrim jerman #aiskrim new zealand #aiskrim thailand #aiskrim turki #Aiskrim Unik Buatan Luar Negara #Aiskrim Unik Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara #Images for aiskrim luar negara

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.