4 Pilihan Warna Lipstik Paling Sesuai Untuk Wanita Berkulit Sawo Matang!

4 Pilihan Warna Lipstik Paling Sesuai Untuk Wanita Berkulit Sawo Matang

Rendah diri dan tidak yakin! Itulah antara luahan yang selalu diungkapkan oleh wanita berkulit sawo matang apabila hendak memakai lipstik pelbagai warna meskipun terdapat warna yang sesuai digunapakai oleh mereka.

Solekan seseorang wanita kelihatan tidak sempurna jika tidak dikenakan dengan lipstik pilihan. Alasannya, pemakaian lipstik menjadikan penampilan wanita lebih menawan, elegan dan berkarisma tanpa mengira warna kulit si pemakai.

Ingat, memiliki warna kulit sawo matang tidak dapat menghalang anda untuk tampil cantik dan bergaya kerana setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri masing-masing.

Warna Lipstik Paling Sesuai Untuk Wanita Berkulit Sawo Matang

Buat wanita berkulit sawo matang, janganlah teragak-agak untuk menunjukkan kecantikan anda semua dengan menggunakan 4 pilihan warna lipstik ini seperti yang dipetik dari portal Teen.Co Indonesia. Nak tahu dengan lebih lanjut, jom semak artikel dibawah!

1. Nude

nude-lipstik-colour-300x300 4 Pilihan Warna Lipstik Paling Sesuai Untuk Wanita Berkulit Sawo Matang!

Lipstik berona nude ini adalah salah satu warna yang sangat sesuai digunakan oleh wanita berkulit sawo matang. Paling menarik, warnanya juga kelihatan semula jadi jika dipakai pemilik kulit sawo matang di luar sana. Malah, pemakaian lipstik berwarna nude ini membuat penampilan seseorang wanita kelihatan lebih sederhana dan sempurna dipakai lebih-lebih lagi jika anda ingin keluar bersama kawan-kawan.

2. Merah

red-lipstick-300x300 4 Pilihan Warna Lipstik Paling Sesuai Untuk Wanita Berkulit Sawo Matang!

Tidak dinafikan, ramai wanita terutamanya gadis-gadis berkukit sawo matang tidak berani menggenakn lipstik berwarna merah ini. Kalau anda nak tahu, lipstik berona merah ini sememangnya sesuai dipakai oleh semua jenis kulit termasuklah sawo matang. Bagi yang memiliki kulit sawo matang, jangan risau apabila memakai lipstik merah kerana anda akan kelihatan lebih memukau dan menakjubkan dari kawan-kawan yang berkulit cerah atau putih. Paling penting, lipstik merah ini pastinya membuat anda tampil lebih dewasa dan seksi.

3. Peach

Peach-Lipsticks-colour-300x300 4 Pilihan Warna Lipstik Paling Sesuai Untuk Wanita Berkulit Sawo Matang!

Buat pemilik kulit sawo matang yang ingin mencuba sesuatu yang baru atau mencari kelainan, bolehlah menggaplikasikan lipstik berona peach pada bibir anda. Wanita, warna peach mampu membuat wajah anda nampak lebih segar dan berseri-seri tanpa menjejaskan keanggunan si pemakainya. Apabila memakainya, anda boleh melihat paduan sensasi warna coklat dan jingga pada bibir. Apa tunggu lagi, segeralah membeli lipstik berwarna peach ini.

4. Coklat

brownLipsticks-colour-300x300 4 Pilihan Warna Lipstik Paling Sesuai Untuk Wanita Berkulit Sawo Matang!

Last but not least, lipstik berwarna coklat juga sangat sesuai buat anda yang memiliki kulit sawo matang selain lipstik berona merah, nude dan peach. Bahkan, lipstik coklat ini juga boleh dikenakan oleh semua jenis warna kulit di dunia ini kerana pesona warnanya yang semula jadi apabila digunapakai. Ramai selebriti wanita dunia termasuklah Malaysia tidak ketinggalan menggenakan lipstik berwarna coklat ini ketika hadir ke majlis makan malam dan anugerah. Menariknya, lipstik coklat akan membuatkan si pemakainya kelihatan simple tetapi mempesonakan di mata khalayak yang memandang.

azlan-150x150 4 Pilihan Warna Lipstik Paling Sesuai Untuk Wanita Berkulit Sawo Matang!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Gincu Untuk Wanita Berkulit Sawo Matang #gincu wanita #Inspirasi warna lipstik untuk kulit eksotis kulit sawo matang #karakter wanita berdasarkan ujung lipstik #kepribadian berdasarkan bentuk lipstik #kulit sawo matang #lipstik berwarna coklat #lipstik berwarna merah #lipstik bewarna peach #Lipstik Untuk Wanita Berkulit Sawo Matang #lipstik wardah warna coral #lipstik warna coral peach #lipstik warna nude #lipstik yang dipakai artis indonesia #merk lipstik warna coral #nomor lipstik wardah untuk kulit sawo matang #warna gincu sesuai untuk wanita #warna lip cream wardah untuk kulit sawo matang #warna lipstik purbasari untuk kulit sawo matang #warna lipstik revlon untuk kulit sawo matang #Warna lipstik terbaik untuk kulit sawo matang #Warna Lipstik Terbaik yang Wajib Dimiliki Setiap Wanita #Warna Lipstik Untuk Kulit Sawo Matang #warna lipstik untuk kulit sawo matang dan bibir tebal #Warna Lipstik Wanita Berkulit Sawo Matang #warna lipstik yang cocok untuk bibir gelap #warna lipstik yang cocok untuk usia 40 tahun #Warna Lipstik Yang Cocok Untuk Wanita #warna tren lipstik 2017

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "4 Pilihan Warna Lipstik Paling Sesuai Untuk Wanita Berkulit Sawo Matang!"