Menaiki pesawat sama ada untuk pergi bercuti, bekerja atau balik kampung sangat menyeronokkan.
Selain dapat menjimatkan masa perjalanan, para penumpang boleh menikmati permandangan indah dari jendela kecil kapal terbang terutamanya ketika sedang berlepas atau mendarat.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu anda hindari sepanjang perjalanan menggunakan pesawat ke destinasi pilihan.
Untuk kali ini, penulis berkongsi 4 perkara yang tidak boleh dilakukan anda ketika di dalam kapal terbang. Let’s find out!
1. Tidur Ketika Pesawat Berlepas & Mendarat
Sama ada mengantuk atau tidak, anda disarankan supaya tidak tidur ketika pesawat berlepas dan mendarat. Hal ini kerana akan menyebabkan berlakunya kesukaran apabila mengalami tekanan pada telinga. Salah satu cara untuk menghilangkan tekanan di telinga adalah dengan mengunyah gula-gula getah. Lazimnya, tekanan ini akan hilang saat anda menguap atau bersin.
2. Pakai Kanta Sentuh
Selain membuatkan tekak terasa kering, kelembapan rendah di dalam pesawat turut memberikan kekeringan pada pada kanta sentuh yang dipakai anda sehingga boleh berlakunya masalah iritasi pada mata. Anda disyorkan agar menggunakan cermin mata berbanding memakai kanta sentuh apabila menaiki kapal terbang.
3. Duduk Di Kerusi Dengan Posisi Yang Sama Sepanjang Perjalanan
Di dalam kapal terbang, anda akan terdedah dengan sindrom Develop Deep Vein Thrombosis iaitu pembekuan darah di bahagian kaki. Jika perjalanan mengambil masa lebih dua jam dan ke atas, anda dinasihatkan untuk meregangkan seluruh tubuh badan anda atau berjalan mengelilingi kabin beberapa minit untuk melancarkan peredaran aliran darah.
4. Sentuh Apa Sahaja
Tahukah anda, terdapat banyaknya kuman dan bakteria di kabin kapal terbang. Oleh itu, apabila ke tandas seelok-eloknya menekan tombol flush dengan menggunakan tisu. Paling penting, jangan tidur bersandar terus kepada cermin pesawat yang bekemungkinan terdedah dengan bakteria orang bersin. Dengan memasang penghawa dingin boleh membuatkan peredaran udara menjadi lancar di dalam kabin supaya pertumbuhan bakteria dapat dicegah dengan mudah.
Tags: #Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di kapal terbang? #apa yang tidak boleh dibuat dalam kapal terbang #barang yang tak boleh bawa dalam flight #bolehkah membawa makanan ke dalam pesawat #buat apa dalam kapal terbang #cara naik kapal terbang air asia #cara naik kapal terbang mas #dalam kapal terbang #langkah mencegah penyakit bila di dalam kapal terbang #naik pesawat #Panduan dan cara menaiki kapal terbang #penerbangan #perkara patut dielak dalam kapal terbang #Perkara Tidak Boleh Dilakukan Anda Ketika Dalam Kapal Terbang #Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Anda Dalam Kapal Terbang #Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Dalam Pesawat #sebelum berada dalam kapal terbang