Pada masa kini, terdapat pelbagai jenama dan jenis telefon bimbit dipasaran berdekatan anda. Sama ada yang murah atau sedikit mahal, gajet ini dilihat sebagai sebahagian daripada gaya hidup manusia hari ini.
Selain dimanfaat untuk bersosial dan urusan kerja di dalam tempoh yang lama, telefon yang digunakan akan mengalami kekurangan bateri.
Sementara menunggu bateri penuh pastinya membuatkan anda berasa bosan. Ini kerana, tempoh yang diambil untuk pengecasan mengambil masa yang agak lama iaitu lebih kurang tiga jam untuk penuh.
Tahukah anda, terdapat beberapa cara mudah untuk mengatasi masalah ini. Dipetik dari portal AndroidPit, penulis kongsikan tentang 4 langkah mudah untuk mempercepatkan proses pengecasan telefon bimbit anda. Apa tunggu lagi, selamat mencuba!
1. Jauhi Dari Telefon Saat Dicaskan
Semakin lama anda mengguna telefon disaat proses pengecasan, semakin lambat bateri akan penuh. Oleh itu, anda digalakkan untuk tidak mengguna atau menyentuh telefon apabila dicaskan.
2. Matikan Telefon
Cara paling mudah untuk mempercepatkan proses pengecasan adalah dengan mematikan telefon bimbit anda. Bateri telefon anda akan lebih cepat terisi apabila dimatikan buat seketika. Sementara menunggu bateri penuh, anda boleh selesaikan segala urusan kerja yang tertangguh sama ada di rumah atau di pejabat.
3. Aktifkan Mode Airplane
Di samping mematikan telefon, anda juga boleh mengaktifkan mode airplane semasa tempoh pengecasan. Proses ini sedikit sebanyak mengisi bateri telefon anda dengan lebih cepat. Untuk info, penulis turut mengamalkan langkah ini apabila mengecas telefon bimbit.
4. Matikan Feature
Apabila mengecas bateri, lebih baik jika anda mematikan feature yang tidak penting atau tidak digunakan. Sebagai contoh, mematikan feature seperti GPS atau Auto Rotate. Realitinya, kedua-dua feature ini memakan bateri yang cukup besar.
Tags: #Cara Mudah Cas Bateri Telefon Bimbit Dengan Cepat #cepatkan masa mengecas telefon #Langkah Untuk Cepatkan Proses Pengecasan Telefon Bimbit