4 Kesalahan Ini Sering Dilakukan Anda Saat Memakai Deodorant!

4 Kesalahan Ini Sering Dilakukan Anda Saat Memakai Deodorant!

Pemakaian pewangi ketiak atau deodorant tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Penggunaan deodorant secara rutin boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang supaya kekal segar dan sentiasa wangi apabila berdepan dengan khalayak di luar sana.

Malah, terdapat pelbagai variasi deodorant yang sesuai buat golongan wanita dan lelaki tanpa mengira jenama dan harga di pasaran hari ini.

Persoalannya, masih terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh kita semua apabila memakai deodorant.

Kesalahan Dilakukan Anda Saat Memakai Deodorant

Dipetik dari portal Famous.ID, penulis kongsikan tentang 4 kesalahan yang seringkali dilakukan anda saat memakai deodorant. Selamat membaca!

1. Guna Deodorant Pada Kulit Sensitif

Minyak wangi pada deodorant boleh memberikan anda rasa terbakar dan pedih sekiranya digunakan pada kulit sensitif atau kulit yang baharu dicukur. Buat yang baharu mencukur bulu ketiak, berikan masa beberapa minit sebelum memakai deodorant kerana pisau cukur yang digunakan anda meninggalkan kesan iritasi pada ketiak.

Jika ketiak anda terasa kasar selepas proses mencukur, elakkan memakai deodorant buat sementara waktu supaya tidak mengalami kegatalan pada ketiak. Hindarilah penggunaan deodoran buat seketika atau anda boleh tukarkan kepada deodorant yang tidak mengandungi minyak wangi.

2. Tidak Tahu Perbezaan Deodorant Dan Anti-Perspirant

Sebelum membeli produk wangian diri seperti deodorant atau anti-perspirant, tanya pada diri sendiri adakah anda ingin bau badan dineutralkan atau mahu mengurangkan peluh pada badan? Bagi meneutralkan bau badan, anda digalakkan memakai deodorant manakala anti-perspirant digunakan untuk mengurangkan peluh anda.

Untuk info, anti-perspirant yang mengandungi aluminium salts dan zirconium salts boleh mengelakkan kelenjar peluh anda menghasilkan banyak keringat. Anda juga perlulah berwaspada apabila membeli anti-perspirant kerana sesetengah produk memiliki sedikit alumunium salts dan zirconium salts manakala sssetengahnya mengandungi banyak bahan berkenaan sehingga boleh menyebabkan masalah kegatalan dan iritasi pada si pemakainya.

3. Noda Putih/Kuning Pada Pakaian

Adakah pakaian anda terutamanya berwarna gelap acapkali terdedah pada deodorant sehingga meninggalkan kesan noda putih atau kuning? Jangan risau, masalah ini juga dialami oleh semua orang di dunia.

Bagi mengatasi masalah ini, apakata anda mencuba memakai deodorant berlabel ‘all clear formula’ atau berikan sedikit udara pada ketiak anda selepas menggunakan deodorant pilihan sebelum memakai pakaian.

4. Salah Pilih Deodoran

Disebabkan terdapat pelbagai jenis deodorant dipasaran, membuatkan kita menjadi keliru untuk memilih dan membeli deodorant yang sesuai dengan kulit. Sekiranya tidak mahu deodorant yang berbau keras dan menyengat, anda bolehlah membeli deodorant yang berbau lembut dengan label mild (ringan).

Anda juga boleh menggunakan deodorant yang mengandungi pelembap bagi merawat kulit ketiak kering. Bagi yang tidak ingin ketiak kelihatan basah, anti-perspirant boleh jadi solusi buat anda. Selain itu, pilih deodorant anda sama ada berbentuk spray (semburan) atau stick.

azlan-150x150 4 Kesalahan Ini Sering Dilakukan Anda Saat Memakai Deodorant!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bahaya deodorant roll on #Cara memakai deodorant #cara memakai deodorant roll on yang benar #cara memakai deodorant spray yang benar #Cara menggunakan deodoran yang tepat #cara menggunakan rexona #Cara Pakai Deodorant #cara pakai deodorant yang benar #deodoran yang tidak membuat ketiak hitam #deodorant ampuh penghilang bau ketiak #deodorant yang bagus untuk memutihkan ketiak #Ini Cara Tepat Memakai Deodoran #Kesalahan Dilakukan Anda Saat Pakai Deodorant #Kesalahan Ketika Memakai Deodorantt #Kesalahan Saat Pakai Deodorant yang Mungkin Kamu Lakukan #Kesalahan Wanita Saat Memakai Deodoran #Kesilapan Biasa Apabila Guna Deodorant #Tips Pakai Deodorant Yang Betul

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.