Setiap manusia di dunia ini mesti mengalami bersin sama ada ketika berada dalam keadaan sakit atau sekadar tindak balas tubuh badan terhadap keadaan disekelilingnya.
Walaubagaimanapun, adakah anda tahu terdapat sebab mengapa mata kita tertutup apabila bersin.
Apabila mata terbuka ketika bersin akan menyebabkan bola mata kita terkeluar kerana tekanan udara yang terlalu tinggi dan kuat.
Selain fakta di atas, terdapat 4 lagi fakta kesihatan tentang bersin yang jarang diketahui ramai. Nak tahu dengan lebih lanjut, jom kita semak artikel dibawah. Keep scrolling!
1. Bersin Normal
Untuk pengetahuan para pembaca, bersin paling normal bagi manusia adalah dua kali sehari. Ianya disebabkan terdapat partikel-partikel asing terperangkap di dalam hidung yang tidak boleh dikeluarkan dengan mudah.
2. Tidak Akan Bersin Ketika Tidur
Sesetengah daripada anda pasti tahu bahawa saraf pada tubuh badan kita akan berhenti berfungsi secara automatik apabila kita berehat atau tidur. Sama dengan bersin, kita tidak akan bersin saat sedang tidur. Walaupun selaput lendir di dalam lubang hidung menbengkak ketika tidur, ianya tidak akan membuatkan kita bersin.
3. Bahaya Pada Gendang Telinga
Jika bersin terlalu kuat boleh membahayakan gendang telinga anda. Ramai orang telah mengalaminya. Di samping itu, bersin terlalu kuat juga turut meningkatkan tekanan darah di bahagian tubuh badan kita.
4. Cahaya Matahari Penyebab Bersin
Percaya atau tidak, cahaya matahari boleh menjadi salah satu penyebab berlakunya masalah bersin. Menurut penyelidikan, sebanyak 10 hingga 35 peratus penduduk di muka bumi ini mengalami gejala bersih disebabkan cahaya matahari.
Tags: #Fakta Disebalik Bersin #Fakta Kesihatan Tentang Bersin #fakta tentang bersin #Fakta Tentang Bersin Yang Perlu Anda Tahu #Fakta Unik Tentang Bersin #kenapa bersin #kenapa kerap bersin #Trivia Disebalik Bersih #Trivia Kesihatan Tentang Bersin