3 Tips Mudah Buat Kucing Anda Gemuk & Sihat

Gemukkan Kucing Anda

Memiliki kucing yang sihat, gemuk dan berbulu lebat merupakan mimpi terindah buat para pencinta kucing atau cat lovers di luar sana.

Ada diantaranya melihat kucing yang berisi dan mempunyai bulu bersinar menampakkan lagi sisi kecomelan haiwan berkenaan.

Bukan hanya kucing berbaka seperti British Short Hair atau Persian malah kucing-kucing kampung yang memiliki tubuh yang gemuk dan comel turut mempunyai peminat tersendiri.

3 Tips Mudah Buat Kucing Anda Gemuk & Sihat

Dipetik dari laman Sukakucing.com, ini 3 cara mudah untuk membuat kucing anda kelihatan gemuk dan sihat. Jom semak!

1. Pilih Makanan Yang Betul

Salah satu cara mudah untuk mengemuk dan menyihatkan kucing anda adalah menerusi pemakanan yang betul dan bergizi. Contohnya, biskut kucing. Tidak semua kucing gemar memakan biskut yang dibuat khusus untuknya itu. Jika kucing anda tidak menyukai biskut berkenaan, apakata campurkan biskut kucing dengan sedikit daging supaya nafsu makannya semakin bertambah.

Namun, pencinta kucing disarankan agar tidak kerap memberi makanan berasaskan daging kepada kucing peliharaan anda agar tidak terlalu obesiti kelak. Gantikan daging dengan wet food kesukaannya atau ikan rebus yang digaul bersama sedikit nasi untuk dihidang kepada si comel anda.

Pastikan segala makanan yang diberikan tidak mendatangkan kemudaratan atau alahan kepada kucing anda. Misalnya, kucing berbaka Persian atau Anggora sangat sensitif terhadap makanan yang dimakannya.

2. Beri Vitamin Minyak Ikan

Vitamin minyak ikan tidak hanya memberikan manfaat kepada manusia bahkan turut berkhasiat buat kucing anda. Vitamin ini akan menyihatkan badan kucing anda serta menghasilkan bulu yang berkilat.

Jangan risau, cara untuk memberikan kucing anda vitamin minyak ikan sangat ringkas dan senang. Anda cuma masukkan sedikit vitamin ini ke dalam makanan kucing seperti biasa. Vitamin ini boleh diperolehi di kedai-kedai binatang (petshop) berdekatan anda.

3. Vaksin

Meskipun kucing peliharaan semakin gemuk atau berisi sudah cukup memuaskan hati anda namun adakah kesihatannya dalam keadaan terkawal? Oleh itu, para pencinta kucing atau pemilik dikehendaki memberi vaksin kepada si manja anda.

Di samping menjaga kesihatannya, vaksin juga dapat melindungi kucing anda daripada sebarang penyakit berbahaya. Jika kesihatan terjaga, percayalah kucing anda akan lebih sihat dan gemuk.

azlan-150x150 3 Tips Mudah Buat Kucing Anda Gemuk & Sihat

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cara ampuh Membuat Kucing Gemuk dan Sehat #Cara gemukkan kucing #cara gemukkan kucing malaysia #Cara Gemukkan Kucing Peliharaan #cara melebatkan bulu kucing kampung secara alami #cara membuat kucing gemuk dan bulu lebat #Cara Membuat Kucing Gemuk dan Bulunya Lebat Secara Alami #cara membuat kucing kampung gemuk #Cara Paling Efektif untuk Membuat Kucing Gemuk #Macam mana nak bagi kucing gemuk #Makanan Kucing Terbaik Agar Cepat Gemuk dan Berbulu Lebat #makanan kucing yang bikin gemuk dan bulu bagus #makanan kucing yang terbaik #makanan penggemuk kucing #makanan untuk menggemukkan kucing #tips gemukkan kucing #Tips Memberi Makan Kucing Agar Gemuk dan Sehat Maksimal #Tips Mudah Buat Kucing Anda Gemuk & Sihat #vitamin kucing #vitamin untuk menggemukkan kucing

Tips Halau Kucing Liar Dari Kawasan Rumah Anda
Jika anda ingin mengeluarkan kucing liar dari kawasan rumah anda atau menghentikan tingkah
Kucing Anda Terlalu Gemuk : Bagaimana Mengatasi Masalah Ini?
Bagi kucing yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, perubahan diet dan gaya
Petanda Kucing Peliharaan Anda Sakit
Tanda-tanda kucing sakit boleh berbeza-beza bergantung pada jenis penyakit atau keadaan kesihatan yang
Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan
Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang manja dan lucu. Disamping ia juga seekor

Comments are closed.