Di samping muzik K-Pop dan destinasi percutian yang happening, Korea Selatan juga terkenal dengan pelbagai produk seninya yang lain seperti drama Korea (K-Drama).
Bukan sahaja sukses di negara sendiri malahan drama-drama terbitan negara yang popular dengan Kimchi ini juga meledak di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.
Antara K-Drama yang mencipta fenomena di negara kita adalah Winter Sonata, Autumn In My Heart dan Boys Over Flowers.
Paling menarik, sesetengah penggemar tegar K-Drama diluar sana boleh berbahasa Korea disebabkan seringkali menonton drama-drama berkenaan.
Istilah Mudah Yang Boleh Dipelajari Menerusi Drama Korea
Buat tatapan para pembaca, nak 15 istilah mudah yang boleh anda pelajari menerusi drama Korea. Take a look!
1. Sunbae
Seperti yang anda ketahui, kesopanan merupakan sebahagian daripada adat tradisi yang penting dalam gaya hidup orang Korea. Untuk gelaran seseorang yang lebih senior, anda boleh memanggilnya dengan gelaran Sunbae manakala si junior pula disapa Hoobae.
2. Maknae
Maknae merupakan panggilan buat seseorang yang paling muda dalam keluarga atau kumpulan kawan anda.
3. Ahjumma
Untuk memanggil seseorang wanita yang lebih tua atau berumur menerusi bahasa Korea Selatan adalah Ahjumma. Dalam bahasa Melayu, Ahjumma membawa maksud sebagai Makcik.
4. Ahjussi
Sementara itu, sebutan bagi lelaki yang lebih tua atau berumur dalam bahasa Korea Selatan dipanggil Ahjussi atau Pakcik.
5. Noona
Panggilan Noona dalam bahasa Korea Selatan digunapakai oleh seseorang lelaki terhadap wanita yang berusia sedikit daripadanya di mana membawa erti sebagai gelaran Kakak.
6. Oppa
Buat penggemar setia drama Korea, pastinya familiar dengan gelaran ini. Untuk info, panggilan Oppa hanya boleh digunakan oleh wanita kepada seseorang lelaki yang berusia sedikit daripadanya. Dalam bahasa Melayu, sebutan Oppa merujuk kepada gelaran Abang. Malah, Oppa juga digunakan untuk gelaran seseorang kekasih (boyfriend).
7. Hyung
Hyung pula adalah nama panggilan seseorang lelaki terhadap lelaki yang berusia sedikit daripadanya atau Abang.
8. Unnie
Jika lelaki muda memanggil Kakak dengan panggilan Noona, gelaran bagi wanita muda kepada wanita yang berusia sedikit daripadanya adalah Unnie.
9. Chingu
Sekiranya mendengar lagu-lagu K-Pop, pastinya terdengar perkataan Chingu ini. Sebenarnya, istilah ini bererti sebagai kawan atau teman. Buat yang memiliki ramai teman, perlulah menambahkan kata -deul di belakang Chingu iaitu Chingudeul yang merujuk kepada kawan-kawan.
10. Saranghae
Selain Oppa, istilah Saranghae antara salah satu bahasa Korea yang popular dalam kalangan penggemar K-Drama. Kalau anda nak tahu, definisi Saranghae adalah Aku Mencintaimu atau I Love You.
11. Daebak
Orang Korea menggunakan istilah Daebak apabila ingin menyatakan sesuatu yang hebat, luar biasa dan mengagumkan.
12. Kamsahamida
Jika ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada seseorang dalam bahasa Korea secara format disebut sebagai Kamsahamida.
13. Omo
Apabila terkejut atau terperanjat, orang Korea seringkali menyebut perkataan Omo atau Oh My God. Sekadar info, istilah Omo ini mula menular oleh K-Pop Lovers sejak dipopular menerusi lagu berjudul Tell Me dendangan kumpulan Wonder Girl sekitar 2007.
14. Mianhae
Sedar atau tidak, ungkapan Mianhae acapkali didengar anda jika menonton mana-mana drama Korea Selatan. Dalam bahasa Melayu, Mianhae membawa definisi meminta maaf.
15. Aegyo
Menurut bahasa Melayu, perkataan Aegyo menggambarkan sesuatu yang cute atau comel.
Tags: #Apakah maksud nama anda dalam bahasa Korea #ayat dalam bahasa korea #bahasa dalam drama korea #bahasa korea ke bahasa melayu bahasa korea dan maksud dalam bahasa melayu belajar bahasa korea dalam bahasa melayu #belajar bahasa korea #cakap dalam bahasa korea #cakap korea #Cara Berbicara Bahasa Korea #drama korea #istilah dalam bahasa korea #Istilah Mudah Bahasa Korea #Istilah Mudah Yang Boleh Dipelajari Menerusi Drama Korea #kdrama #makna dalam bahasa korea #panggilan dalam bahasa korea #peminat drama korea