15 Cara Merawat Buasir Daripada Melarat Menggunakan Bahan Semulajadi

15 Cara Merawat Buasir Daripada Melarat Menggunakan Bahan Semulajadi

Buasir atau hemorrhoid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Buasir sangat menyakitkan, namun buasir umumnya boleh sembuh dengan rutin melakukan rawatan dan pencegahan. Buasir yang lambat ditangani atau dirawat pastinya akan membuat buasir menjadi lebih membengkak, iritasi dan jangkitan.

Merawat masalah buasir bergantung pada seberapa parah buasir yang dialami. Terdapat banyak penawar untuk mengubati penyakit buasir dan melegakan kesakitan yang boleh dilakukan di rumah sahaja.

Bahan-bahan semula jadi yang biasa digunakan termasuklah herba, campuran sayur dan buah-buahan dan bahan-bahan lain yang mudah didapati di sekeliling kita.

Berikut ialah cara untuk merawat penyakit buasir dan melegakan kesakitan yang dialami dengan menggunakan bahan semula jadi di rumah tanpa sebarang ubatan daripada hospital mahupun penggunaan dadah.

Cara Merawat Buasir Dengan Bahan Semulajadi

  1. Campuran halia, madu, limau nipis

Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi ini dengan air suam mampu mengubati buasir anda dari dalam. Ketiga-tiga bahan ini boleh menyembuhkan buasir seperti halia yang tinggi zat anti keradangan dan madu yang boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh untuk menyembuhkan penyakit ini.

  1. Serbuk kunyit

Kunyit tinggi zat anti bakteria di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh membunuh bakteria penyebab buasir yang mengganggu. Kunyit mengandungi sifat antiseptik dan penyembuh dan digunakan untuk merawat tempat yang sakit akibat buasir.

Caranya, ambil beberapa sudu teh serbuk kunyit dan campurkan dengan jus bawang besar dan minyak biji sawi. Kacau sebati untuk membuat pes dan sapukan pes ini pada tempat yang sakit . Cara ini membantu untuk merawat luka dan menghilangkan keradangan vena serta melegakan kesakitan dengan cepat.

  1. Daun basil

Daun basil juga tinggi bakal zat anti keradangan di dalamnya. Minum air rebusan daun basil untuk merawat buasir.

  1. Lidah buaya

Menggunakan lidah buaya ialah salah satu penawar semula jadi di rumah yang ringkas untuk rawatan buasir dalaman dan luaran. Lidah buaya mempunyai sifat terapeutik dan anti radang yang boleh mengurangkan kegatalan , kerengsaan dan keradangan buasir.

Cara  untuk merawat buasir dalaman adalah dengan mengambil daun lidah buaya dan buang durinya, lalu potong daun menjadi kepingan. Letak kepingan ini di dalam mangkuk dan simpan di dalam peti sejuk untuk seketika. Kemudian, sapu kepingan lidah buaya yang sejuk ini pada tempat yang sakit untuk melegakan daripada rasa panas, gatal-gatal dan sakit. Ulang proses ini selalu.

Untuk buasir luaran pula, ekstrak gel daripada daun lidah buaya dan sapu gel ini pada dubur dan urut perlahan-lahan pada tempat yang sakit untuk beberapa minit. Proses ini boleh membantu anda melegakan sakit dan rasa panas.

  1. Minyak badam

Minyak badam mempunyai sifat penyerap tisu dan emolien yang boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit buasir luaran. Ia boleh membantu untuk melembap dan mengurangkan keradangan serta melegakan rasa panas dan kegatalan pada dubur dan kawasan di sekitarnya.

Letakkan beberapa titik minyak badam di dalam mangkuk kecil. Ambil bola kapas ataukain bersih dan rendamkan ke dalam minyak tadi. Kemudian, sapukan bola kapas atau kain bersih tadi pada tempat yang sakit untuk melegakan kesakitan disebabkan buasir. Ulang proses ini untuk beberapa hari.

  1. Air

Apabila anda menghidapi penyakit buasir dalaman atau luaran, anda patut meningkatkan pengambilan air. Minum 8 hingga 10 gelas air sehari untuk membantu anda membersihkan sistem dalaman dan menghidratkan seluruh badan. Ia juga memudahkan untuk proses pembuangan najis dan melembutkan najis.

Apabila anda tidak mendapat cukup air dan cecair lain untuk badan anda, proses mengeluarkan bahan buangan daripada badan akan menjadi perlahan. Najis akan menjadi keras dan simptom penyakit buasir akan bertambah buruk.

Jika anda menderita penyakit buasir dan pendarahan teruk secara berterusan atau berulang, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor.

  1. Minyak zaitun

Minyak zaitun mengandungi sifat antioksida dan antiradang yang digunakan untuk memulihkan buasir luaran. Ia juga boleh meningkatkan kekenyalan salur darah dan mengurangkan keradangan serta boleh mengecilkan saiz salur darah yang bengkak dalam saluran dubur.

Caranya, makan 1 sudu teh minyak zaitun sehari. Lemak mono tidak tepu di dalamnya boleh membantu untuk memperbaiki fungsi sistem perkumuhan.

Anda boleh juga tumbuk daun plum sehingga lumat untuk mendapatkan jus dan campurkan ke dalam minyak zaitun. Kacau campuran dan sapu pada tempat yang sakit dan tunggu beberapa minit. Proses ini mampu melegakan sakit dan bengkak.

  1. Jus lemon

Jus lemon mempunyai zat makanan yang boleh melegakan kedua-dua buasir dalaman dan luaran dengan menguatkan dinding saluran darah dan kapilari.

Cara pertama, basahkan bola kapas/kain bersih dengan jus lemon, sapu pada tempat yang sakit. Pada mulanya anda akan berasa panas atau berdenyut-denyut sedikit . Walau bagaimanapun, selepas itu anda akan berasa lega daripada kesakitan.

Cara kedua, perah separuh daripada lemon ke dalam secawan susu panas, kacau dan minum. Lakukan proses ini setiap 3 jam untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Cara ketiga pula, sediakan setengah sudu teh jus lemon, setengah sudu teh jus pudina dan setengah sudu teh madu. Campurkan semua bahan dan minum. Ia juga boleh disapu pada tempat yang sakit sekali sehari.

  1. Ais

Ais membantu dalam menyempitkan saluran darah dan mengurangkan bengkak serta memberi kelegaan daripada sakit dengan cepat.

Caranya adalah dengan mengambil beberapa kiub ais dan bungkus di dalam kain bersih. Sapu terus pada tempat yang sakit dan biarkan selama 10 minit.

Ulang proses ini beberapa kali sehari hingga buasir hilang. Selain itu, anda boleh menggunakan sebungkus sayur campur yang beku seperti kacang pis dan jagung dan kemudian bungkuskannya di dalam kain. Sapu pada tempat yang sakit dan biarkan selama 20 minit dan lakukan proses ini 3 kali sehari untuk menghilangkan simptom buasir.

  1. Buah berangan

Buah berangan telah digunakan bertahun-tahun untuk membantu dalam peredaran darah. Ia digunakan untuk melegakan sakit, bengkak dan keradangan vena varikos begitu juga buasir. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menguatkan dinding vena yang runtuh atau lemah. Gunakan sahaja buah berangan di dalam bentuk kapsul atau serbuk teh.

  1. Buah-buahan Sitrus

Makan makanan yang mempunyai banyak buah-buahan sitrus boleh membantu untuk menghilangkan buasir. Buah-buahan sitrus mempunyai jumlah bioflavonoid yang banyak. Bioflavonoid mempunyai sifat antiradang yang telah terbukti untuk menurunkan simptom buasir seperti kegatalan, lelehan, pendarahan dan menguatkan salur darah yang lemah .

  1. Mandi air panas

Mandi air panas adalah cara yang paling senang dan sempurna untuk mendapatkan kelegaan kesakitan daripada buasir. Rawatan mandian air panas ini dikenali untuk menenangkan otot sfinkter dan oleh itu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh bonjol buasir.

Tambahan pula, ia juga menggalakkan peredaran darah di tempat yang sakit yang membantu dalam mengecutkan vena yang bengkak. Anda boleh mulakan dengan menyiram 3-4 inci air suam ke dalam tab mandi dan rendam badan dengan lutut diangkatkan selama 15 minit . Ulang rawatan ini untuk 3-5 kali setiap hari.

  1. Ubi kentang

Ubi kentang mempunyai sifat astringen (tajam dan pedih) yang boleh melegakan kesakitan dan kegatalan yang berkaitan dengan buasir. Ambil 2 biji ubi kentang dan bilas dengan air bersih. Potong ubi kentang tersebut kepada potongan kecil dan kisar sehingga bertukar menjadi cecair.

Kemudian, campurkan dengan beberapa sudu air dan letakkan campuran tersebut ke atas kain bersih atau kain pembalut untuk dijadikan sebagai tuam. Selepas itu, kain dilipat dua dan sapu pada tempat yang sakit selama 5-10 minit. Ulang proses ini sebanyak 1 hingga 2 kali sehari.

  1. Bawang putih

Salah satu herba paling popular untuk merawat buasir ialah bawang putih kerana ia mengandungi sifat antibakteria yang boleh membantu dalam menyahjangkitan buasir. Kita patut mengeluarkan toksin untuk mengekalkan badan yang sihat.

Namun begitu, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk merawat buasir kerana ia menyebabkan luka pada tempat di mana toksin dikeluarkan melalui najis.

Oleh itu, menggunakan beberapa ulas bawang putih segar dalam makanan perlu untuk meningkatkan agen antibakteria untuk menghilangkan buasir.

  1. Biji mangga

Menggunakan biji mangga yang besar ialah rawatan yang hebat untuk pendarahan buasir. Bahan-bahan yang diperlukan : Beberapa biji mangga yang sudah masak dan beberapa sudu kecil madu. Ambil beberapa biji mangga daripada buah mangga yang telah masak. Letakkan biji ini di tempat teduh untuk mengeringkannya.

Proses ini mengambil masa beberapa hari. Apabila biji mangga menjadi kering sepenuhnya, kisarkannya sehingga menjadi serbuk. Simpan serbuk mangga di dalam botol tanpa udara.

Campurkan lebih kurang 2 gram serbuk biji mangga dengan sedikit madu dan makan campuran tersebut. Lakukan proses ini untuk selama 1-2 kali sehari.

Loading...

Tags: #buasir #Buasir atau hemorrhoid #buasir lelaki #cara menghilangkan sakit buasir #cara mengurangkan sakit buasir #cara merawat buasir dengan bahan semula jadi #cara merawat buasir dengan herba semula jadi #hemoroid #hemorrhoid #merawat buasir dengan cara tradisional #merawat buasir secara alami #pendarahan buasir #rawat buasir #rawatan buasir #sakit nak berak

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Leave a reply "15 Cara Merawat Buasir Daripada Melarat Menggunakan Bahan Semulajadi"