13 Penyakit Ini Bakal Anda Hadapi Jika Sering Mengalami Stres Dan Tekanan Emosi

13 Penyakit Ini Berisiko Untuk Anda Hadapi Jika Sering Mengalami Stress Dan Tekanan Emosi

Sebagai seorang manusia biasa, kita memang tidak dapat terhindar daripada masalah dan ujian. Kadang kala masalah dalam kehidupan boleh menyebabkan stres. Bahayanya stres boleh mengakibatkan kualiti hidup kita dan orang yang tersayang boleh terjejas. Dari segi saintifik stres atau tekanan adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan sesuatu keadaan. Stres juga boleh dikategorikan sebagai tekanan, bebanan, keletihan, kemurungan, panik, kebimbangan, tidak bermaya dan hilang daya cita atau semangat.

Sekiranya anda mengalami stres, anda boleh menjejaskan kualiti hidup. Hal ini juga akan memberi kesan kepada keluarga dan rakan-rakan akan turut terkena kesan dengan situasi stres anda. Apa yang anda perlu buat ialah cuba tangani stres dengan bijak dan teratur.

Tanda Anda Mengalami Stres, Tekanan Emosi Dan Cara Mengatasinya

Penyakit Bakal Anda Hadapi Jika Sering Mengalami Stres Dan Tekanan Emosi

Bahayanya stres kerana boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan simtom-simtom yang tidak baik untuk tubuh badan kita. Ini antara kesan yang dibawa oleh sebab tidak pandai mengurus stres dengan baik :

  1. Penyakit Jantung (Kardiovaskular)

Stres boleh menyebabkan terganggunya sistem arteri di dalam badan kita. Ini berkait rapat dengan jantung. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, risiko untuk menghidapi denyutan jantung tidak normal, masalah darah beku, arteri mengeras, serangan jantung mengejut dan lain-lain penyakit pun akan meningkat. Seterusnya boleh membawa kepada kehilangan nyawa. Stres yang kronik boleh mengakibatkan arteri menjadi sempit, paras kolesterol meningkat ataupun strok.

  1. Sistem Imun Menjadi Lemah

Stres yang tidak dikawal boleh mengakibatkan sistem imun badan menjadi lemah.Ini akan menyebabkan badan mudah dijangkiti penyakit. Stress yang berpanjangan akan memperlahankan proses penyembuhan luka serta menyebabkan penyakit kulit yang teruk.

  1. Mengganggu Sistem Penghadaman

Stres yang kronik akan mengganggu sistem penghadaman kita. Akibat daripada ini, kita akan menghadapi simtom-simtom seperti makanan susah untuk dihadam, mual, perut berangin, cirit-birit atau sembelit. Sekiranya kita menghadapi simtom seperti ini, pastinya akan mengurangkan kualiti hidup anda dan keluarga.

  1. Penyakit Kulit

Jerawat tumbuh di muka juga salah satu simptom yang akan dialami oleh seseorang yang mengalami stres. Bagi yang menghidapi penyakit kurap ,kurap anda akan menjadi lebih teruk. Sudah tentu bagi mereka yang pentingkan penampilan, dengan tumbuhnya jerawat di muka akan menyebabkan kurangnya keyakinan diri anda.

  1. Asma

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa stres boleh memburukkan lagi penyakit asma. Beberapa bukti menunjukkan bahawa stres kronik ibu bapa mungkin meningkatkan risiko penyakit asma pada anak-anak mereka. Satu kajian melihat bagaimana ibu bapa yang mengalami stres mempengaruhi kadar asma anak-anak yang terdedah kepada pencemaran udara atau ibu yang merokok semasa hamil.

  1. Organ Pembiakan

Kurang subur (fertiliti rendah) juga boleh dikaitkan dengan stres. Bagi lelaki pula adalah masalah lemah tenaga batin, dan bagi wanita akan mengalami masalah ketika hamil. Lebih bahaya lagi bagi wanita yang mengandung, anak yang akan dilahirkan berisiko tinggi menghadapi penyakit asma dan alergi. Pastinya anda tidak ingin bayi anda menghidapi penyakit walaupun hanya sekadar demam biasa. Jadi mulai sekarang anda semua perlu amalkan gaya hidup yang sihat supaya tidak dibebani stress.

  1. Sistem Penafasan Terjejas

Antara kesan yang diakibatkan oleh stres yang tidak terkawal adalah sistem penafasan anda akan terganggu. Ia juga boleh mengakibatkan asma dan masalah paru-paru yang lain. Semasa menghadapi stres, seseorang itu akan bernafas dengan cepat sehingga terasa seperti sesak nafas. Jika tidak diubati, keadaan ini akan mengakibatkan paru-paru mudah berjangkit dengan penyakit.

  1. Kemurungan dan Anxiety Disorder

Mungkin tidak mengejutkan bahawa akibat terlalu stres yang kronik, risiko mendapat kemurungan dan anxiety disorder menjadi lebih tinggi. Kajian mendapati orang yang selalu stres yang berkaitan dengan pekerjaan mereka mempunyai risiko 80% lebih tinggi untuk mengalami kemurungan dalam masa beberapa tahun berbanding orang yang mengalami tekanan yang lebih rendah.

  1. Masalah Gastrointestinal

Stres tidak menyebabkan ulser. Walau bagaimanapun, ia boleh membuat masalah jadi lebih teruk. Stres juga merupakan faktor umum dalam banyak masalah lain seperti penyakit pedih ulu hati kronik (atau penyakit refluks gastroesophageal, GERD) dan sindrom usus besar (IBS).

  1. Penyakit Alzheimer

Stres boleh memburukkan lagi penyakit Alzheimer, menyebabkan luka pada otak membentuk lebih cepat. Sesetengah penyelidik membuat spekulasi bahawa mengurangkan stres berpotensi untuk melambatkan perkembangan penyakit alzheimer.

  1. Obesiti

Lebihan lemak dalam perut menimbulkan risiko kesihatan yang lebih besar daripada lemak pada kaki atau pinggul. Orang yang selalu stres selalunya menyimpan lemak dalam perut berlebihan. Tekanan menyebabkan tahap kortisol hormon yang lebih tinggi, dan ia meningkatkan jumlah lemak yang disimpan ke dalam perut.

  1. Kencing Manis

Stres akan memburukkan lagi masalah kencing manis dengan dua cara. Pertama, meningkatkan kemungkinan tingkah laku yang buruk, seperti makan tidak sihat dan minum berlebihan. Kedua, stres meningkatkan kadar glukosa orang yang ada kencing manis.

  1. Sakit Kepala dan Migraine

Stres dianggap salah satu pencetus yang paling biasa untuk sakit kepala. Bukan sekadar sakit kepala ketegangan, tetapi migraine juga.

Kesimpulan

Jadi inilah antara kesan-kesan akibat stres yang tidak dicegah ataupun dirawat. Sudah tentu kesan-kesan ini akan memberi kesan yang negatif di dalam kehidupan anda dan keluarga. Mungkin ramai antara kita yang kurang pendedahan tentang bahayanya stres di dalam kehidupan.

Sekiranya anda menghadapi simtom di atas, apa yang anda perlu buat ialah cuba untuk mengurus stres yang anda alami dengan berjumpa dengan pakar kesihatan, amalkan cara hidup yang sihat dan cuba elakkan perkara atau suasana yang boleh menyebabkan anda stres.

Mungkin dengan sedikit usaha anda akan dapat mengurangkan stres dalam kehidupan. Kita memang tidak dapat lari dari stres kerana hidup ini tidak lekang dari masalah. Tetapi apa yang kita mampu buat adalah belajar mengawal dan mengurangkan stress supaya tidak menjejaskan kualiti hidup kita bersama orang yang tersayang.

Loading...

Tags: #13 jenis penyakit ini berisiko untuk anda hadapi jika sering mengalami stress dan tekanan emosi #akibat kena stres #apa terjadi bila selalu stres #apa terjadi bila stres #kesan buruk stress dan tekanan emosi #kesan stres #kesan stress #kesan stress pada kesihatan #penyakit akibat stress #penyakit berpunca dari stress #selalu stres #stress berbahaya #stress boleh membunuh

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus
  1. author

    HAMIDIsP4 years ago

    Stres sahaja pun sudah cukup berat dirasakan, apatah lagi jika dihinggapi penyakit berbahaya. Banyakkan rehat untuk elak stres. Jangan terlalu mengejar dunia.

    Reply

Leave a reply "13 Penyakit Ini Bakal Anda Hadapi Jika Sering Mengalami Stres Dan Tekanan Emosi"