12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan

Pcb Kota Bharu

Negeri Kelantan yang terletak di timur Semenanjung Malaysia mempunyai bentuk muka bumi yang mendatar di bahagian delta sungai menghala ke laut. Menghadap Laut China Selatan, kawasan pesisir laut Kelantan mempunyai pantai-pantai yang cantik dan menarik.

Namun, akibat ombak yang kuat, kebanyakan pantai mengalami hakisan yang teruk. Namun, pantai-pantai ini tidak sepi dari kunjungan mereka yang merindui deruan ombak dan hembusan bayu laut yang bertiup.

Berikut merupakan senarai 12 buah pantai di pesisiran negeri Kelantan, dimulai dari daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan akhir sekali Pasir Puteh.

1.. Pantai Sri Tujuh

pantai-sri-tujuh-300x300 12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan

Dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen keretapi Tumpat.

Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap dengan kolam mandi, gelanggang futsal dan padang latihan bermain gol.

Terdapat banyak gerai-gerai makan yang terdapat di pantai ini. Terdapat juga permainan sukan air yang ditawarkan dengan harga yang murah. Kemudahan yang terdapat di pantai ini termasuklah surau dua tingkat yang agak besar dan selesa.

2. Pantai Geting

pantai-geting-tumpat-300x300 12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan

Pantai Geting ini bersebelahan dengan Pantai Sri Tujuh dan merupakan pusat peranginan yang baru dikomersialkan sejak beberapa tahun lepas.

Dikatakan nama Geting ini berasal dari perkataan Inggeris ‘get in’. Kawasannya sangat luas dan membolehkan pengunjung untuk melakukan banyak aktiviti termasuk bermain layang-layang dengan lebih terbuka. Pantai ini menjadi tempat rasmi Pertandingan Wau Antarabangsa Kelantan.

3. Pantai Cahaya Bulan

PCB-pantai-cahaya-bulan-300x300 12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan

Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II.

Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.

Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kedai makan dan gerai, dan tandas awam. Bagi penggemar makanan laut, terdapat banyak restoran dan kedai makan di sepanjang pantai dan di sepanjang Jalan Pantai Cahaya Bulan.

4. Pantai Mek Mas

pantai-mek-mas-kota-bharu-300x300 12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan

Berbeza dengan Pantai Cahaya Bulan, Pantai Mek Mas agak terpinggir daripada pembangunan kerana lokasinya yang agak jauh iaitu berdekatan dengan Pulau Pisang dan Pulau Kundur melalui jalan ke jeti perikanan Kuala Besar.

Pantainya indah dan belum terusik amat berpotensi dijadikan tarikan pelancongan. Suasana pantai yang tenang, menjadi tarikan untuk kaki pancing dan permainan wau. Ia juga merupakan salah satu lokasi pembikinan filem melayu berjudul Piala Seekor Kambing!

5. Pantai Sabak

persisir-pantai-sabak-300x300 12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan

Pantai Sabak mempunyai sigfinikasi penting pada perjalanan sejarah negara kita.Di Pantai inilah tentera Jepun mendarat di Tanah Melayu buat kali pertamanya pada 7 Disember 1941 ketika Perang Dunia ke 2.

Namun pada hari ini, Pantai Sabak tidaklah semeriah waktu dahulu. Masih terdapat kedai-kedai makan yang menarik dan pemandangan di pantai ini dari atas susunan batu pemecah ombak pasti memuaskan hati dan menenangkan jiwa.

6. Pantai Senok

pantai-senok-kelantan-300x300 12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan

Pantai Senok terletak di Tawang, Bachok. Terkenal dengan industri desa iaitu pembuatan ikan masin, Pantai Senok pada hari ini tiba-tiba menjadi popular.

Kedatangan pengunjung kerana kecantikan deretan pokok ru di sepanjang pantai hingga menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya di sekitar pantai tersebut. Apa yang menarik, ia mendapat jolokan sebagai “Nami Island” di Kelantan. Terdapat gerai makanan dan kedai makan bagi penggemar maggi telur sotong dan udang galah.

7. Pantai Kemayang

pantai-kemayang-bachok-300x300 12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan

Pantai Kemayang terletak di mukim Kemasin, iaitu kira-kira 5 km dari Bandar Bachok. Kemudahan yang disediakan adalah seperti tandas awan, surau dan juga gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan barasaskan makanan laut dan juga masakan panas.

Bagi penggemar maggi tiram dan maggi telur sotong, di sini anda boleh memilih kedai makan yang menyediakan menu tersebut. Keistimewaan Pantai Kemayang ialah pemandangan yang amat menarik dan sesuai dikunjungi oleh pelbagai golongan masyarakat.

8. Pantai Irama

Pantai-irama-bachok-300x300 12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan

Pantai Irama terletak di pinggir Bandar Bachok, kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok yang mengambil masa kira-kira 30 minit.

Terdapat banyak kemudahan awam seperti gerai makanan yang menjual ikan,udang,sotong celup tepung, keropok lekor, ABC dan sebagainya.

Surau, tandas awam, tempat mandi, taman permainan kanak-kanak dan dataran perahu antara kemudahan yang disediakan di pantai ini. Antara jenis permainan yang disediakan pula ialah kereta kuda, ATV, banana boat dan basikal.

9. Pantai Melawi

pantai-melawi-bachok-300x300 12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan

Terletak di Daerah Bachok dan jarak dari bandar Kota Bharu hanyalah 25 km. Amat berdekatan dengan pantai Tok Bali. Ianya amat sesuai untuk sesiapa sahaja terutama yang berkeluarga atau berkumpulan yang inginkan ketenangan dan menghirup udara yang nyaman terutama di waktu malam.

Terdapat banyak homestay dan resort untuk dijadikan penginapan dan kebanyakannya berlatar-belakangkan suasana kampung.

10. Pantai Perkasa

pantai-perkasa-300x300 12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan

Pantai perkasa terletak di kampung Sungai Dua, Bachok. Walaupun agak terpinggir, pantai ini amat sesuai untuk aktitiviti perkelahan, program motivasi dan pelbagai program sekolah.

Terdapat chalet, kemudahan untuk barbeku dan tempat untuk aktiviti dan program disediakan di sini.

11. Pantai Bisikan Bayu

pintu-masuk-pantai-bisikan-bayu-300x300 12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan

Pantai Bisikan Bayu atau dahulunya dikenali sebagai ‘Pantai Dalam Rhu’. Lokasinya terletak di Cherang Ruku, Semerak, 16 km dari bandar Pasir Puteh dan 3 km dari Pekan Cherang Ruku.

Di kawasan pantai ini, disediakan surau, tandas, bilik persalinan, taman permainan, dan juga terdapat sebuah chalet penginapan iaitu Taman Rehlah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah berkelah, berkhemah dan aktiviti keluarga.

12. Pantai Tok Bali

pantai-tok-bali-300x300 12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan

Pantai Tok Bali terletak di daerah Pasir Puteh dan lokasinya tidak jauh dari daerah Besut. Terdapat banyak rumah tumpangan atau resort yang indah di sepanjang Pantai Tok Bali seperti Tok Aman Beach Resort, Villa Danialla dan sebagainya.

Tok Bali juga merupakan destinasi penjualan hasil-hasil penangkapan oleh nelayan-nelayan. Secara tidak langsung, ia menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini kerana banyak menjual pelbagai makanan laut.

IMG_20171206_114610-150x150 12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #gambar pantai di kelantan #kawasan berkelah tepi pantai kelantan #pantai bisikan bayu #pantai cahaya bulan #pantai geting #pantai irama #pantai kelantan #pantai kemayang #pantai mek mas #pantai melawi #pantai menarik di kelantan #pantai pcb #pantai sabak #pantai senok #pantai tercantik di kelantan #pantai tok bali #pantai tok bali kelantan #pelancongan kelantan #resort di kelantan #tempat menarik di kelantan waktu malam #tempat peranginan tepi pantai

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "12 Tempat Pelancongan Menarik Tepi Pantai Di Negeri Kelantan"