12 Petua Terbaik Mencerahkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan!

12 Petua Terbaik Mencerahkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan!

Kebanyakan orang mengaitkan kulit yang cerah dengan kecantikan. Malah, wajah yang cerah juga membuatkan seseorang itu mampu kelihatan  lebih menawan. Kulit yang lembut, cerah lagi gebu bak telur dikupas pasti menjadi dambaan semua orang. Jika masa yang jadi kekangan untuk kamu melestarikannya, usah khuatir kerana petua berikut cukup mudah untuk dicuba.

Mencerahkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan

Petua 1

Ambil sebiji telur ayam kemudian pukul bersama satu setengah cawan minyak kelapa dan satu camca madu lebah. Kacau semua bahan sehingga sebati lalu simpan di dalam peti sejuk selama sejam. Selepas itu oleskan ramuan tadi pada wajah selama 30 minit lalu bersihkan dengan air.

Petua 2

Ambil setengah biji  lobak lalu potong kepada beberapa bahagian.  Kisar lobak bersama limau nipis dan kuning telur.  Pastikan semua bahan sebati dan sapukan pada kulit wajah. Biarkan selama setengah jam dan bersihkan muka dengan air. Hasilnya wajah berseri dan cerah semula jadi.

Petua 3

Ambil dua camca beras kemudian kisar sehingga halus. Campurkan juga satu camca madu lebah dengan sedikit teh pekat. Gaul semua bahan tadi sehingga menjadi krim. Selepas itu sapukan pada kulit wajah dan biarkan ia kering. Kemudian, bersihkan kulit wajah dengan air. Amalkan selalu dan inshaAllah kulit kelihatan lebih cerah.

Petua 4

Ambil sebiji timun lalu parut isinya. Kemudian, campurkan dengan setengah biji limau nipis bersama sedikit bedak sejuk. Jadikan ia sebagai masker dan sapu pada muka setiap malam. InshaAllah jika diamalkan selalu, kulit lebih cerah malah kesan jerawat juga beransur hilang.

Petua 5

Ambil satu camca kacang dan enam biji badam lalu rendam semalaman di dalam bekas berisi air panas. Keesokan hari, tumbuk bahan tersebut sehingga halus. Kemudian, oleskan bahan tadi pada kulit wajah dan biarkan selama setengah jam. Sesudah itu bersihkan wajah dengan air.

Petua 6

Campurkan dua setengah camca air bersih dengan setengah cawan susu tepung. Kemudian, gaul semua bahan sehingga sebati lalu sapukan pada muka. Biarkan selama 10 minit selepas itu cuci muka dengan air. Lakukan rutin ini dua atau tiga kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang cerah.

Petua 7 

Kisar kulit telur sehingga halus lalu campurkan sedikit air suam bersama bedak sejuk. Kemudian, oleskan pada wajah  dengan bahan tadi dan dalam masa sama urut perlahan kulit wajah. Biarkan  ia kering lalu bersihkan dengan air.

Petua 8

Pastinya anda tidak tahu bahawa gula juga dapat memutihkan kulit wajah anda. Caranya adalah,basuh dan bersihkan muka anda dahulu daripada segala kekotoran dengan air bersih. Kemudian, lapkan muka dengan tuala lembut yang bersih. Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang biasa anda pakai.

Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut. Sambil menyapu, urut kulit muka anda secara membulat sekitar 5-10 minit. Biarkan ia seketika dalam 10 minit. Seterusnya, bilas muka anda untuk menghilangkan sisa gula tadi. Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk bagi menutup liang pori yang terbuka.

Petua 9

Ambil empat hingga lima helai pucuk jambu batu muda dan bilas bersih. Tumbuk sehingga lumat dan campurkan sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan ramuan tadi pada muka selama lima minit lalu bersihkan muka dengan air. InshaAllah kulit wajah lebih cerah dan lembut.

Petua 10

Ambil segenggam barli yang telah digoreng tanpa minyak. Tumbuk barli tersebut hingga lumat dan bancuh dengan sedikit perahan limau nipis yang telah dicampurkan air masak. Sapukan bancuhan air tersebut di seluruh wajah sebelum tidur.

Petua 11

Lenyekkan sebiji tomato dan campurkan 2 hingga 3 titis jus limau. Sapukan pada wajah anda dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan 2 kali sehari selama 15 hingga 20 hari untuk hasil yang memuaskan.

Petua 12

Kentang mempunyai enzim pencerah untuk mencerahkan kulit maka ia sangat sesuai untuk dijadikan bahan memutihkan kulit wajah anda. Hanya kisarkan setengah biji kentang yang setengah masak sehingga halus. Kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam mangkuk dan campurkan kentang tadi dengan satu sudu susu segar dan juga satu sudu tepung beras. Kacau bahan-bahan tadi sehingga rata. Sapukan bahan yang telah rata tadi pada muka dan dibiarkan selama 15 hingga 20 minit. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan kesannya .

IMG_20171206_114610-150x150 12 Petua Terbaik Mencerahkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #cara memutihkan muka dalam masa 1 hari #cara mencerahkan kulit muka #cara mendapatkan kulit cerah dan gebu #cara nak putihkan muka dalam masa sejam #cara nak putihkan muka dalam masa seminggu #Cara Putihkan Kulit Dengan Cepat #cara putihkan muka guna beras #cerahkan kulit dengan bahan alami #cerahkan kulit dengan cara alami #kulit muka cerah #kulit muka sihat #mendapat kulit cerah dengan bahan semulajadi #Petua cerahkan kulit #petua cerahkan kulit muka #petua cerahkan kulit wajah #petua mendapatkan kulit cerah dan gebu #Petua Terbaik Mencerahkan Kulit Muka #petua tradisional cerahkan kulit #putihkan kulit

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "12 Petua Terbaik Mencerahkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan!"