12 Manfaat & Kebaikan Oat Untuk Kesihatan

12 Manfaat Dan Kebaikan Oat Untuk Kesihatan

Oat atau juga dikenali dengan nama saintifiknya Avena Sativa. Ia telah lama dikaitkan dengan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat serta mempunyai banyak kebaikan  berkhasiat buat seluruh keluarga. Bijirin oat moden berasal daripada oat merah liar, sejenis tanaman berasal dari Asia. Ia telah ditanam sejak 2000 tahun yang lalu. Sebelum oat dijadikan sebagai makanan bijirin, ia digunakan untuk tujuan perubatan.

Oat adalah tanaman bijirin yang tahan lasak dalam keadaan tanah yang tidak subur dan cuaca yang buruk, tidak seperti tanaman lain. Bila dituai, sekam keras daripada oat perlulah dibuang sebelum ianya boleh dijual sebagai oat sepenuhnya, sama ada oat yang telah diproses atau berbiji. Oat adalah sumber karbohidrat yang kaya dengan serat dan membantu memberikan rasa kenyang lebih lama. Dalam satu hari, kita memerlukan 25 gram serat iaitu bersamaan dengan semangkuk oat. Malah oat juga membekalkan tenaga dan membantu proses pencernaan.

Oat mengandungi karbohidrat, protein, serat pemakanan, vitamin dan mineral penting serta anti-oksida dan juga zat-zat penting lain yang berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan. Oat mengandungi lebih banyak kalsium, magnesium, zat besi, zink, kuprum, mangan, vitamin B1 dan juga Vitamin E jika dibandingkan dengan bijirin yang lain seperti gandum. Berikut adalah manfaat dan kebaikan oat untuk kesihatan :

  1. Mencegah Penyakit Jantung

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi  dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit. Secara khususnya oat mengandungi banyak flavonoid yang merupakan anti-oksida yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.

  1. Mengurangi Risiko Asma

Kajian menyatakan bahawa pengambilan oat terhadap kanak-kanak dapat mengurangkan risiko asma. Dalam kajian yang sama, ikan dimakan dengan oat juga membantu mencegah radang membran mukus dalam hidung. Kajian di Finland terhadap 1293 kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diperkenalkan kepada oat kurang mendapat asma yang berulang-ulang. Kajian ini diterbitkan dalam Britsih Jounal of Nutrition pada Januari 2010.

  1. Mencegah Obesiti

Oat sangat kaya dengan serat, ianya akan membuat anda lebih kenyang untuk jangka waktu yang lebih lama. Serat meningkatkan kelikatan kandungan perut dimana ia akan mengambil masa yang lama untuk mengosongkannya, merasa kenyang untuk jangka waktu yang lebih lama juga akan mencegah keinginan untuk mengambil makanan manis atau masin sepanjang hari. Kajian telah mengaitkan hubungan rendahnya risiko kegemukan pada anak-anak yang rutin memakan oat.

  1. Menurunkan Paras Kolestrol

Manfaat oat yang berikutnya adalah dapat membantu menurunkan kolestrol. Oat merupakan sumber makanan yang kaya serat larut, yang juga ditemui pada epal, pir dan prunes. Serat larut menghalang badan menyerap kolesterol LDL, dikenali sebagai kolesterol yang tidak baik. Satu setengah cawan oat mengandungi lebih daripada lima gram serat yang cukup untuk mengurangkan tahap kolesterol anda. Kajian juga membuktikan individu yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi jika mengambil tiga gram serat setiap hari mampu mengurangkan tahap kolestrol sehingga 8% – 23%.

  1. Membersihkan Usus Besar

Membersihkan usus besar membantu tubuh dalam banyak perkara, termasuk mengurangi risiko kanser. Kandungan serat yang tinggi ada pada oat juga baik untuk membantu menjaga usus besar agar tetap bersih dengan memaksa sisa makanan keluar dari usus besar dan itu dapat meningkatkan kesihatan.

  1. Mengurangkan Risiko Hipertensi

Kandungan serat yang tinggi pada oat bukan hanya menawarkan manfaat kesihatan terhadap jantung, tetapi juga menurunan risiko tekanan darah tinggi. Disarankan untuk wanita menopause, yang cenderung berisiko mengalami tekanan darah tinggi, perlu makan sekurang-kurangnya enam hidangan oat atau lain-lain bijirin setiap minggu. Penyelidikan menunjukkan bahawa lelaki boleh mengurangkan risiko kegagalan jantung jika makan satu mangkuk bijirin gandum atau oat setiap hari. Satu kajian daripada sebuah jurnal di Amerika Syarikat mendapati amalan diet yang disertakan dengan serat gandum seperti oat jika diamalkan berterusan lebih efektif untuk mengurangkan tekanan darah dan menstabilkan tekanan gula dalam badan.

  1. Membantu Mengawal Selera Makan

Kajian di Australia membuktikan kandungan dalam oat dikenali beta-glucan mampu mengawal hormon rasa lapar dan anda akan berasa kenyang lebih lama. Ini sekaligus membantu anda yang dalam plan untuk diet.

  1. Meningkatkan Sistem Imunisasi

Oat mengandungi beberapa jenis serat yang disebut serat beta-gluten yang mampu melawan virus, bakteria, dan parasit . Serat ini mampu melindungi tubuh terhadap penyakit jantung dan juga menguatkan sistem imunisasi. Hal ini membantu sel-sel kekebalan tubuh dalam mencari dan memperbaiki daerah pada bahagian tubuh yang diserang jangkitan bakteria.

  1. Mencegah Kanser

Oat dapat menjadi ubat penyembuhan kanser. Oat mengandungi banyak serat larut dan fitokimia yang membantu tubuh untuk melawan asid hempedu dan toksiknya, yang membantu untuk menurunkan risiko kanser seseorang.

  1. Memperbaiki Mood (Suasana Hati)

Sesetengah makanan boleh mencipta suasana hati yang buruk (moody), tetapi tidak dengan oat. Sarapan oat yang mengandungi vitamin B6 adalah tepat untuk membuat badan berehat dan memperbaiki mood yang buruk.

  1. Membantu Tidur Dengan Nyenyak

Ramai berpendapat, oat hanyalah sesuai dimakan ketika sarapan. Sebaliknya oat disarankan dimakan ketika waktu makan malam. Ianya membantu anda untuk tidur lebih selesa dan nyenyak. Kenapa oat bagus diambil sebelum tidur? Ini kerana ia mengandungi melatonin dan complex carbohydrates termasuk kaya dengan pelbagai vitamin seperti B6 yang menggalakkan tidur nyenyak.

  1. Untuk Kesihatan Kulit

Selain dimakan, oat meal juga boleh dijadikan resepi masker alami. Masker oat paling sesuai digunakan untuk kulit gatal dan kering.

Sumber :
http://www.jelita.com.my
http://rainbowfantastic.com
Loading...

Tags: #bijirin oat #cara hidup sihat #faedah oat #Kebaikan dan Kehebatan Oat #kebaikan oat #kebaikan oat untuk tubuh badan #kelebihan makan oat #Khasiat Bijirin Oat #Khasiat dan Kebaikan Oat Untuk Kesihatan #khasiat nestum #makan oat #manfaat oat #manfaat oat untuk kesihatan #oat #oat untuk kurus #quaker oat

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Comments are closed.