11 Kelebihan Jika Anda Travel Secara Solo

11 Kelebihan Jika Travel Secara Solo

Terkadang menghabiskan waktu sendirian itu lebih baik daripada menghabiskan waktu untuk mengikuti keinginan orang lain. Sendirian bukan bererti kesepian melainkan memenuhi keinginan sendiri dengan usaha sendiri. Solo travelling atau menjadi lone traveller adalah cara yang paling tepat untuk mewujudkannya.

Kelebihan Melancong Secara Solo

Solo travelling setidaknya sekali dalam setahun itu diperlukan kerana pengalaman yang diperoleh akan memberikan pengaruh pada mental dan fizikal. Berikut adalah manfaat dan kelebihan menjadi lone traveller atau mengembara secara solo.

  1. Anda bebas menentukan arah tujuan

Pilihan terpulang kepada anda, mahu memilih travel secara solo, duo, trio atau berkumpulan. Tapi pernah tak anda terfikir kenapa ada sesetengah individu lebih suka mengembara secara solo? Ini sebabnya. Traveling sendirian bermakna anda bakal merasakan kebebasan, yang sebenar-benar bebas. Jika anda ingin mendaki gunung, jalan-jalan di hutan, berenang di laut atau berguling-guling di pantai, semuanya terserah pada anda.

Anda membuat keputusan ke mana arah tuju anda. Bebas merancang ke mana destinasi yang ingin anda pergi. Biasanya bila mengembara dengan kumpulan, masalah perbezaan pendapat adalah perkara biasa. Ada orang suka pergi ke pulau, tempat membeli-belah, berjalan di ‘street’ atau duduk bergaul dengan masyarakat setempat. Pengalaman anda, biar anda tentukan.

pengembara-duduk-bergaul-dengan-masyarakat-setempat-1-1 11 Kelebihan Jika Anda Travel Secara Solo

  1. Anda akan lebih mengenali diri anda

Anda lebih mengenali diri anda. Ya, sudah pasti, mengembara seorang diri tanpa teman buat anda lebih mengenali diri anda. Apabila mula membuka langkah untuk berjalan, anda akan berhadapan dengan setiap keputusan yang dibuat. Mengembara temukan anda dengan pengalaman-pengalaman yang berharga, dan di situ anda tahu setakat mana anda mampu mencabar diri sendiri dari segi fizikal dan mental.

  1. Anda berani keluar dari zon selesa

Anda berani keluar dari comfort zone terutama apabila pergi ke tempat-tempat yang pelik atau berisiko. Di situ anda akan belajar dari setiap keputusan yang dibuat, baik atau tidak. Siapa yang tidak sayangkan diri sendiri bukan? Hidup hanya sekali, cara ini buat anda lebih menghargai kehidupan anda.

keluar-dari-zon-selesa-2 11 Kelebihan Jika Anda Travel Secara Solo

  1. Lebih jimat dan lebih murah

Mengembara secara solo sebenarnya lebih jimat! Ini bukan soal berkongsi kos penginapan, tetapi tentang perancangan dan bajet untuk diri sendiri. Lebih mudah, anda bebas membuat keputusan tanpa perlu menjaga hati orang lain.

  1. Mendapat kenalan baru

Mengembara secara solo tidak bermaksud anda pasti keseorangan. Percayalah, apabila anda mengambil keputusan untuk mengembara berseorangan, ini jadikan anda lebih mesra dan pandai bergaul, terutama dalam bab mencari kawan. Berhentilah mengikuti prinsip “Don’t talk to strangers”! Anda adalah makhluk sosial, interaksilah dengan orang luar terutama warga tempatan. Ketika anda travel bersama kumpulan, kemungkinan besar yang terjadi adalah anda hanya berinteraksi kepada anggota kumpulan dan rakan-rakan anda sahaja. Semakin banyak berinteraksi dengan orang asing maka anda akan semakin tahu dan mendapat banyak pengetahuan baru.

kenalan-baru-3-2 11 Kelebihan Jika Anda Travel Secara Solo

  1. Belajar untuk percaya dan bergantung kepada diri sendiri

Ketika travel sendirian, anda harus mengatur jadual, kewangan, dan lain-lainnya dengan sendiri. Berbeza dengan travel berkumpulan di mana anda boleh bergantung antara satu sama lain. Pergi mengembara sebenarnya mengajar anda bagaimana untuk bergantung pada diri sendiri bukannya kepada orang lain. Ketika berhadapan dalam keadaan yang sukar, anda belajar kenapa pentingya setiap keputusan yang dibuat, lebih tepat percaya pada diri sendiri.

Belajar-untuk-percaya-dan-bergantung-kepada-diri-sendiri-4-2 11 Kelebihan Jika Anda Travel Secara Solo

  1. Meningkatkan keyakinan diri sendiri

Berjalan bersendiri buat anda lebih yakin dengan diri sendiri. Ini kerana pengalaman mencabar had dan keupayaan anda dalam mengatasi setiap halangan. Untuk mencapai impian, kita mesti terus melangkah kehadapan!

  1. Merasakan kedamaian lebih dari yang pernah dirasai

Berada keseorangan di tempat orang akan membuat anda merasakan kedamaian dan kebebasan lebih dari yang pernah anda rasai sebelumnya. Anda mempunyai banyak masa untuk berfikir untuk diri anda, untuk bermuhasabah sambil melihat pemandangan yang cantik.

Merasakan-kedamaian-5-1 11 Kelebihan Jika Anda Travel Secara Solo

  1. Anda mula cintai diri sendiri

Anda lebih bahagia dengan diri sendiri dan mula tidak kisah jika ada individu yang cuba menilai siapa diri anda. Apa pun kata mereka, anda tahu bahawa “saya lebih kenal siapa saya.” Orang yang paling hampir dengan anda setiap hari adalah diri anda sendiri, itu membuatkan anda lebih cinta kepada diri sendiri. Lakukan segala yang diingini dengan penuh tanggungjawab, tidak perlu khuatir akan penilaian orang lain. Tidak ada yang mengenal anda. Ekspresikan diri anda!

  1. Anda jadi seorang yang positif dan berfikiran terbuka

Pengalaman mengajar anda tentang apa itu kehidupan. Melihat dunia luar juga adalah rezeki ilmu. Anda banyak melihat dan belajar daripada setiap perkara yang dilalui,  itu membuatkan anda mempunyai banyak pandangan dalam menentukan keputusan. Anda menjadi seorang yang berhati mulia, anda lebih suka senyum dari berkata-kata dan anda sentiasa berusaha menjadi orang yang lebih baik setiap hari.

Anda-jadi-seorang-yang-positif-6-1 11 Kelebihan Jika Anda Travel Secara Solo

  1. “Terima kasih Tuhan” adalah kata yang akan sering diucapkan

Dengan mengunjungi dan mengetahui berbagai keadaan yang ada, anda akan semakin bersyukur atas apa yang anda miliki pada akhirnya. Anda akan merasa lebih beruntung meskipun tidak semua barang yang anda bawa adalah barang yang mewah, tapi anda kaya akan pengalaman.

logo-150x150 11 Kelebihan Jika Anda Travel Secara Solo

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook 11 Kelebihan Jika Anda Travel Secara Solo

Loading...

Tags: #11 Kelebihan dan manfaat travel secara solo #apa yang best travel solo #backpacking #best mengembara #kebaikan travel solo #kelebihan mengembara sendiri #kelebihan mengembara seorang #lone traveller #mengapa anda perlu travel sendirian #mengembara backpacker #mengembara sendirian #solo backpacker #solo tarveller #Travel Secara Solo #travel solo

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "11 Kelebihan Jika Anda Travel Secara Solo"