10 Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

Lagu Raya Terbaik

Setiap kali tibanya bulan Syawal, pasti tidak meriah tanpa alunan lagu-lagu raya.

Jika disenaraikan seleksi lagu-lagu raya dari dahulu sehingga kini, memang tidak terhitung. Yang pasti, ada beberapa lagu raya bersifat malar segar sehingga hari ini.

Lagu-lagu ini sedikit sebanyak menyemarakkan lagi mood raya kita semua setelah sepurnama berpuasa di bulan Ramadan.

Berikut, penulis senaraikan 10 lagu raya popular sepanjang zaman buat tatapan pembaca. Let’s find out!

1. Selamat Hari Raya Saloma

“Minta mak, kuih sepotong. Saya mahu makan kerna perut kosong”.

Itulah bait-bait lirik lagu Selamat Hari Raya yang akan membangkit mood raya kepada sesiapa sahaja yang medengarkannya.

Untuk info, lagu malar segar ini merupakan lagu pertama hari raya yang dinyanyikan oleh bintang lagenda tersohor negara iaitu Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Lagu yang diterbitkan pada tahun 1955 ini dicipta sepenuhnya oleh Ahmad Jaafar serta menceritakan tentang suasana gembira dan ceria menyambut hari lembaran.

2. Dendang Perantau P. Ramlee

Sedar atau tidak, lagu raya berjudul Dendang Perantau dendangan Seniman P.Ramlee ini sudah berusia lebih 50 tahun. Dicipta sekitar 1960-an, lagu evergreen ini terus menjadi pilihan halwa telinga para pendengar dari dahulu sehingga sekarang. Lagu ini mengisahkan luahan perantau yang tidak dapat pulang berhari raya di kampung untuk bersama keluarga tercinta kerana mencari ilmu atau rezeki di luar kota. Siapa saja yang mendengarnya pasti terusik jiwa dan sanubari.

3. Selamat Hari Raya

Tidak dinafikan, lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Jais ini sangat dekat di hati para pendengar. Selain kemerduaan suara penyanyinya, lagu ini mengimbau kembali nostalgia lama ketika meraikan sambutan hari raya bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

4. Musafir Di Aidilfitri

Dicipta pada akhir 1960-an, lagu nyanyian S. Jibeng ini mampu mengalirkan air mata sesiapa sahaja khususnya buat anak perantau yang terpaksa bekerja di bandar dan tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut Syawal yang mulia.

5. Seloka Hari Raya

Dipopularkan oleh Hail Amir dan Uji Rashid sekitar 1977, lagu duet ini seringkali diputar dicorong-corong radio kerajaan mahupun swasta. Dihasilkan oleh Datuk Dr Ahmad Nawab, lagu malar segar ini menjadi siulan anak-anak muda yang hangat bercinta di luar sana.

6. Menjelang Hari Raya

Didendangkan oleh penyanyi otai iaitu Datuk DJ Dave, lagu ini merupakan salah satu lagu hari raya kesukaan penulis. Tidak pernah berasa bosan atau jemu walaupun seribu kali mendengar lagu berentak rancak ini.

7. Kepulangan Yang Di Nanti

Lagu sentimental ini dialunkan oleh penyanyi dan pelakon popular sekitar 1980-an iaitu Aman Shah. Lagu ini mempunyai lirik dan melodi yang amat syahdu dan meruntun jiwa. Menceritakan kisah penantian seorang ibu yang merindui kepulangan anaknya. Akhirnya, penantiannya berakhir apabila anak pulang berhari raya di desa tercinta.

8. Suasana Di Hari Raya

Mencipta fenomena tersendiri sekitar tahun 1980-an, lagu berjudul Suasana Di Hari Raya sedikit sebanyak mengangkat nama penyanyi bernama Anuar Zain yang ketika itu berusia 16 tahun. Bersama-sama rakan duetnya iaitu Ellina, lagu ini dicipta pada tahun 1985 oleh Allahyarham Adnan Abu Hassan dan lirik digubah oleh penulis lirik hebat tempatan, Habsah Hasan.

9. Balik Kampung

Tidak lengkap rasanya, jika lagu Balik Kampung ini tidak berkumandang di stesen stesen radio atau televisyen tempatan. Lagu ini telah dipopularkan oleh penyanyi serba boleh iaitu Allahyarham Sudirman dimana mampu mencuit keriangan hati para pendengar terutamanya si anak perantau untuk pulang ke kampung halaman.

10. Air Mata Syawal

Penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza banyak menyanyikan lagu-lagu hari raya. Salah satunya, Air Mata Syawal. Lagu sentimental ini terkandung dalam album Anugerah Aidilfitri yang diterbitkan pada 2003 dimana mengisahkan seorang anak yang kesedihan kerana tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ibu bapa dan keluarga tersayang.

azlan-150x150 10 Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Lagu Raya Malar Segar #Lagu Raya Terbaik #Lagu Raya Terbaik Sepanjang Zaman #tajuk lagu raya best

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "10 Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman"