Terdapat pelbagai cara untuk menyimpan dan menyusun pakaian dengan tersusun dan kemas. Selain almari pakaian, penggunaan rak pakaian mempunyai kelebihan sendiri. Penggunaan rak tidak memerlukan ruang yang banyak seperti perabot lain. Persoalannya, bagaimanakah untuk menjadikan rak pakaian anda nampak menarik?
Berikut adalah 10 idea rak pakaian yang ringkas tetapi menarik sama ada untuk ruang bilik atau mana-mana sudut di dalam kediaman anda.
Idea Rak Pakaian Yang Simple Dan Cantik
Nampak ringkas, bukan? Rak gantung seperti ini mudah sahaja dibuat sendiri. Gunakan kreativiti anda.
Idea ini agak menarik. Gunakan kerusi dan gantungkannya di dinding. Apabila tiada pakaian untuk disangkut, kerusi tersebut dapat dilipat.
Gunakan dua rak yang sama, padankan elemen warna dengan bilik anda. elemen lain seperti kotak dan sebagainya membentuk struktur tersendiri.
Susunkan rak di hadapan cermin tingkap atau sepanjang ruang bilik anda. idea ini membuatkan ruang kamar anda seolah-olah sebuah butik atau kedai pakaian.
Ruang tamu yang kosong menjadi menarik jika anda tahu memanfaatkan ruang.
Padanan warna yang menarik akan menjadikan rak pakaian anda lebih menarik.
Elemen warna memainkan peranan penting. Warna yang sedondon menjadikan ruang bilik anda nampak cantik. Padankan warna rak yang sama dengan warna bilik.
Ini satu lagi idea yang menarik jika anda tahu bermain dengan elemen warna. Gabungan warna yang sama akan menjadikan ruang menyimpan pakaian anda nampak elegan dan kemas.
Warna yang kontra pula akan menjadikan rak anda sebagai tumpuan. Sesuaikan susunan dengan elemen lain seperti cermin besar, atau kerusi dengan warna yang sama seperti rak.
Nampak elegan dan moden, bukan? Rak seperti ini diperbuat daripada paip dan dilekatkan pada dinding dan siling. Jadi, adakah konsep terbuka seperti semua di atas menjadi pilihan anda?
Tags: #10 idea rak pakaian yang simple #deko rak baju #dekorasi interior #diy rak baju #idea menyimpan pakaian. Idea susunan pakaian di rumah #idea rak baju #idea rak baju terbuka #menyimpan pakaian dengan konsep terbuka #rack jimat ruang #rak baju #rak baju moden #rak baju murah #rak baju rumah #rak baju simple